UtamaPOLITIKPILIHAN RAYABN YAKIN BATU SAPI...

BN YAKIN BATU SAPI DAPAT DIPERTAHANKAN WALAUPUN SAINGAN SENGIT - pakdin.my

20101026-baru-sapi
Sandakan 26 October 2010 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama penyokong Barisan Nasional mengiringi calon, Linda Tsen Thau Lin ketika berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. Turut hadir Presiden- presiden parti komponen Barisan Nasional dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Gambar Rosdan Wahid

SANDAKAN: Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kawasan Parlimen Batu Sapi meskipun berdepan dengan saingan sengit daripada parti pembangkang.

Keyakinan berkenaan adalah disandarkan kepada rekod pencapaian BN sejak mewakili kawasan Batu Sapi, faktor calon serta usaha dan keseriusan BN melakukan transformasi parti berkenaan.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata kemenangan calon BN pada pilihan raya kali ini amat penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan mendiang Datuk Chong Ket Wah membangunkan kawasan Batu Sapi.

“Kita mintalah supaya kesinambungan (usaha membangunkan Batu Sapi) dan calon kita itu direstui oleh pengundi-pengundi supaya kita boleh membawa kemajuan dan menyambung segala rancangan pembangunan kawasan ini untuk kebaikan penduduk kawasan ini sendiri.

“Tentu sekali yang kita inginkan ialah wakil yang boleh membawa pesanan dan rayuan-rayuan penduduk di kawasan ini secara efektif untuk kemajuan penduduk di sini,” katanya selepas majlis penamaan calon pilihan raya Kecil Batu Sapi di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

BN diwakili Datin Linda Tsen Thau Lin, manakala PKR dan SAPP masing-masing diwakili oleh Ansari Abdullah dan Datuk Yong Teck Lee.
Pairin juga menafikan dakwaan kononnya calon BN itu tidak tahu berbahasa Melayu, kurang pengalaman pentadbiran dan menganggap tuduhan berkenaan sebagai andaian semata-mata oleh pihak yang belum mengenali Linda.

Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Hussein pula menyifatkan pilihan raya kecil Batu Sapi sebagai satu ruang penting bagi BN untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu komited dan konsisten melakukan transformasi untuk bersama rakyat.

“Ini satu lagi ujian yang terpaksa kita lalui, InsyaAllah petanda-petanda awal daripada Umno khususnya bahagian-bahagian berdekatan, penerimaan kepada calon kita menunjukkan bahawa konsistensi kita, penerimaan kita kepada calon, sesiapa saja yang dipilih oleh pucuk pimpinan akan mendapat sokongan yang padu,” katanya.

Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, pula meminta pengundi menimbangkan tiga sebab mengapa mereka perlu memberi kemenangan kepada calon BN.

Faktor pertama, kata Dr Koh, ialah demi keharmonian dan kesinambungan pembangunan kawasan Batu Sapi kerana calon BN berkenaan akan mudah bekerjasama dengan wakil rakyat Karamunting dan Sekong yang masing-masing diwakili Gerakan dan UMNO.

Pemilihan Linda bukti komitmen BN untuk meningkatkan bilangan Ahli Parlimen wanita serta perwatakan beliau sendiri sebagai seorang yang dihormati, jujur dan merendah diri adalah satu kelebihan.

Timbalan Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim pula berkata, hasil pemerhatian terhadap pengundi Batu Sapi mendapati pengundi kawasan berkenaan bersemangat untuk menyokong calon BN.

Menurut Razali sokongan pengundi kawasan berkenaan kepada BN bukan atas faktor emosi atau tetapi sokongan tulen yang didasarkan kepada kemahuan mereka untuk melihat BN memperbaiki kelemahan mereka.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menganggap SAPP sebagai pengacau kerana turut bertanding pada pilihan raya kecil Batu Sapi.

Katanya, pengundi kawasan Batu Sapi perlu memilih PKR yang mewakili pakatan pembangkang yang juga pembangkang sebenar untuk menghadapi calon BN.

“Peluang kita menang dalam mana-mana pilihan raya kecil berbanding dengan segala kekuatan yang dimiliki BN memanglah tidak mudah tetapi di Sibu (Sarawak) kita telah beroleh kemenangan,” katanya selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil Batu Sapi di sini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata, pakatan pembangkang belum dapat menentukan sama ada SAPP akan menjejaskan peluang mereka dalam pilihan raya kali ini.

Bagaimanapun, katanya, PAS tetap akan menggerakkan jenteranya dalam kempen pilihan raya berkenaan bagi memenangkan calon pembangkang yang diwakili calon PKR.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw pula berharap pengundi Batu Sapi akan memberi peluang kepada calon PKR untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat bagi menyuarakan permasalahan mereka. – BERNAMA

Berkaitan

Baca Juga

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI