NASIONALSARAWAKAmbulans lalu pun Anwar kata BN buat kacau #PRU13

Ambulans lalu pun Anwar kata BN buat kacau #PRU13

ambulance-st-john-sarawakKUCHING 12 April – Sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering berprasangka buruk terhadap lawannya jelas kelihatan apabila beliau menuduh Barisan Nasional (BN) cuba mengganggu ceramahnya di Pasar Sungai Maong, di sini malam tadi.

Hanya kerana bunyi siren dari sebuah ambulans yang melalui Bulatan Batu Tiga berhampiran lokasi ceramah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada kira-kira pukul 9.30 malam, dituduhnya BN cuba merosakkan programnya.

Sewaktu ambulans pertama melalui kawasan berkenaan, Anwar kelihatan terganggu seketika namun tetap meneruskan ucapan beliau sambil menuduh situasi berkenaan mungkin kerja Pemuda BN.

Sejurus selepas itu, ambulans kedua melalui kawasan yang sama dan kali ini barulah Anwar dapat melihat dengan jelas kelibat kenderaan tersebut.

“Ambulans rupanya. Saya ingat kerja Pemuda BN. Tak sangka ramai pula orang Sarawak yang sakit malam ini,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] UMNO dan Isyarat Pilihan Raya Awal: Antara Mandat Baharu dan Realiti Politik Semasa

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami