Manifesto BN Selangor: 7 teras, 56 akujanji #SSYBN #PRU13 - pakdin.my

akujanji-bn-selangor
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor, mengandungi tujuh teras dan 56 akujanji yang menumpukan kepada langkah-langkah meringankan beban kewangan warga Selangor sambil meningkatkan kualiti kehidupan mereka.Antara lain BN berjanji mewujudkan koridor baharu “Selangor Global Logistic Hub” di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, bagi menarik pelaburan asing dan antarabangsa dengan penjanaan 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor.Tujuh teras akujanji BN Selangor itu ialah:
1. Masa Depan Lebih Cerah,
2. Masyarakat Lebih Prihatin Lebih Penyayang,
3. Kualiti Kehidupan Lebih Selamat dan Sejahtera,
4. Perumahan Lebih Mampu Milik,
5. Selangor  Lebih Inovatif, Lebih Daya Saing,
6. Selangor Lebih Progresif dan
7. Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih.

1. BN Selangor berjanji bahawa jika ia kembali memerintah, ia akan memberi bantuan sara hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan rakyat miskin yang layak.2. Mewujudkan pusat jagaan harian untuk kanak-kanak berumur dua bulan ke tiga tahun, kanak-kanak sekolah menunggu ibu bapa pulang dari bekerja dan untuk warga emas di bandar-bandar utama seperti di Shah Alam, Klang, Petaling Jaya,  Subang Jaya, Kota Damansara, Puchong, Ampang, Gombak, Selayang, Bangi, Kajang dan Rawang.3. Menyemak dan menurunkan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yang membebankan rakyat yang dinaikkan oleh kerajaan pakatan pembangkang, jika BN kembali memerintah.4. Menyediakan kemudahan WiFi dan pusat jalur lebar percuma untuk masyarakat di kawasan-kawasan strategik di seluruh Selangor, kemudahan taman tema dan pusat rekreasi tempatan serta kemudahan sukan untuk rakyat terutamanya mereka yang telah berkeluarga.

5. Dua lagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baharu di Selangor akan diwujudkan iaitu Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja, menjadikan jumlah PBT di Selangor meningkat dari 12 ke 14.

6. Langkah itu adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan setiap 14 PBT itu ditingkatkan tahap prasarana keselamatannya dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan penubuhan “Rapid Response Team” bagi mencegah jenayah dan mengawal bencana alam.

7. enyediakan 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM50,000 seunit, 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga RM80,000 seunit.

8. Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor pula disediakan untuk bekas polis, tentera dan penjawat awam atau agensi kerajaan negeri.

9. iasiswa untuk golongan miskin dan pinjaman boleh ubah sehingga RM80,000 untuk anak-anak Selangor yang cemerlang ke universiti bagi peringkat ijazah pertama selain daripada meneruskan penubuhan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara di Serendah, Hulu Selangor.

10 Pemodenan pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baru selain daripada penyediaan Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor  sehingga RM40,000 untuk warga Selangor yang ingin menyertai program “Feed in Tariff” menggunakan tenaga suria.

 

 

 

 

 

 

…….

BN Selangor Gariskan 7 Teras Dengan 56 Aku Janji

Dengan tema keamanan, kestabilan dan kemakmuran, tujuh teras dengan 56 Aku Janji digariskan Barisan Nasional Selangor yang menjanjikan kehidupan lebih baik buat penduduknya termasuk usaha meringankan beban kewangan dan meningkatkan kualiti hidup.

Antaranya, bantuan sara hidup RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak, menaik taraf taska Kemas kepada Permata, pusat jagaan kanak-kanak dan warga tua di bandar-bandar utama selain menyemak dan menurunkan cukai pintu, tanah dan perniagaan yang dinaikkan.

Selain itu, jumlah PBT akan ditambah dengan kewujudan Majlis Perbandaran Bangi, Klang Utara dan Kota Raja serta memasang cctv di kawasan berisiko berlaku jenayah.

Tumpuan turut diberi kepada perumahan mampu milik di mana peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS dan Permodalan Negeri Selangor Berhad, PNSB akan dikembalikan.

Senarai 56 Aku Janji ini boleh dilayari di laman web www.bnselangor.org.

UTAMAPOLITIKManifesto BN Selangor: 7 teras, 56 akujanji #SSYBN #PRU13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium