Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKPILIHAN RAYAPERBEZAAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN...

PERBEZAAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN TIDAK JEJAS PELUANG CALON BN - pakdin.my

20101020-prk-galas
Gua Musang 26 October 2010. Calon Barisan Nasional (BN), Abdul Azioz Yusoff bersama calon Pas, Dr. Zulkifli Mohammad mengangkat tangan selepas penaman calon, di Pejabat Tanah Jajahan, Gua Musang, pada pilihan raya kecil Dun, Galas.

GUA MUSANG — Perbezaan latar belakang pendidikan antara calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff dengan calon PAS Zulkefli Mohamed, diyakini tidak akan menjejaskan peluang BN untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Abdul Aziz, 49, mempunyai kelebihan tersendiri selaku anak tempatan dan telah lama berkhidmat dengan masyarakat di Gua Musang terutamanya kawasan Galas.

“Latar belakang pendidikan bukan isu sama sekali, rakyat kini lebih berfikiran terbuka dan mereka mahukan wakil rakyat yang mampu memberi perkhidmatan kepada mereka.

“Kalau calon itu berkelulusan tinggi dan mengamalkan bidang perubatan di kawasan lain, maka sudah tentu beliau tidak dapat beri perhatian kepada kawasan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini pada Selasa.

Sedangkan Abdul Aziz merupakan anak tempatan dan tinggal di sini selain pernah menjadi Pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), sudah tentu perkhidmatan beliau kepada masyarakat dapat diteruskan kerana telah lama mempunyai jalinan rapat dengan masyarakat, kata Ahmad Zahid.

Selain itu, katanya melalui calon BN, kerajaan akan dapat menyalurkan lebih banyak peruntukan untuk pembangunan kawasan dan membantu rakyat miskin di Galas yang kebanyakanya bekerja sebagai petani.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang ditetapkan pada 4 Nov bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.

BN diwakili Abdul Aziz manakala calon PAS ialah Dr Zulkefli, 44, Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang yang bertugas sebagai pengamal perubatan di Ciku 3, iaitu kira-kira 50 kilometer dari bandar Gua Musang.

Ahmad Zahid turut melahirkan keyakinan mampu menawan kembali kawasan Galas berdasarkan kerjasama erat antara jentera parti bukan sahaja di peringkat pusat tetapi juga di peringkat negeri dan bahagian sendiri.

“Dengan kombinasi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (sebagai Pengarah Pilihan Raya BN/UMNO DUN Galas) mencerminkan kekuatan ikatan hubungan dalaman parti di peringkat negeri sendiri.

“Tidak pernah sebelum ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjadi Timbalan Pengarah Pilihan Raya dan Pengarahnya Ketua UMNO Bahagian (Tengku Razaleigh)… keadaan ini mencerminkan keterbukaan pimpinan pusat yang diterjemahkan di peringkat negeri, jadi saya yakin BN tidak akan masalah untuk menang,” katanya.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kempen parti itu untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Galas bermula dengan keyakinan sebanyak 48 peratus.

Beliau mengulangi alasannya sebelum ini bahawa tindakan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) dilihat satu cubaan merendahkan kedudukan Tengku Razaleigh sendiri.

“Kita sedar akan pengaruh besar yang ada pada Tengku Razaleigh tetapi sikap Barisan Nasional (BN) terhadapnya akan memberi sokongan kepada kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini, pada Selasa.

Hadi berkata, walaupun kempen bergerak pada keyakinan tersebut, beliau telah mengarahkan jentera parti dari seluruh negara termasuk dari Kelantan untuk membantu sepanjang kempen mengikut giliran yang telah ditetapkan sehingga hari pengundian.

Bagi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, peluang PAS untuk menang adalah amat cerah berdasarkan personaliti calonnya yang komited terhadap parti serta telah lama mencurahkan bakti kepada penduduk setempat.

Beliau juga yakin dengan sokongan kaum Cina akan berpihak kepada PAS.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, parti itu akan memberikan sokongan sepenuhnya sepanjang kempen berdasarkan gerak kerja yang diputuskan Jawatankuasa Bersama membabitkan PAS, DAP PKR di mana tumpuan lebih diberikan kepada kubu kuat UMNO dan BN.

“Berdasarkan pengalaman lalu, tumpuan seperti ini memberikan kesan yang positif dan dapat melonjakkan sokongan pada Pakatan Rakyat,” katanya.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838