“Akan terus doa, sabar dan istiqamah” – Saiful Bukhari - pakdin.my

sumpah-saiful-depan-kaabah

Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan terus konsisten dalam usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya dalam kes diliwat bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“(Saya) akan terus doa, sabar dan istiqamah,” katanya dalam tweetnya yang terbaharu dalam akaun twitternya hari ini berikutan perkembangan terbaharu melibatkan kes berkenaan.

Hari ini bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim pada satu sidang media mengumumkan menarik balik kenyataannya awal Mac lalu yang mendakwa anaknya diperguna oleh pihak tertentu untuk mendakwa Anwar.

Dalam twitter itu, Mohd Saiful berkata berkata: “Jika bapa jujur dan ikhlas, syukur Alhamdullilah. Yang hak pasti berdiri, janji Allah pasti.”

Dia turut meminta bekas majikannya itu menghentikan apa yang beliau sifatkan sebagai “permainan jijik kamu… Wang tidak dapat menghapuskan kebenaran,” katanya.

Mohd Saiful juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau.

Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari.

UTAMABERITA"Akan terus doa, sabar dan istiqamah" - Saiful Bukhari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium