PILIHAN RAYAAnwar ingkari perjanjian damai hormati keputusan PRU-13 - Jusuf Kalla

Anwar ingkari perjanjian damai hormati keputusan PRU-13 – Jusuf Kalla

Jusuf-Kalla-Anwar

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan ‘melihat realiti’.

“Kami mempunyai komitmen, tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak, tidak,” jelas Jusuf.

WSJ melaporkan, Anwar telah mendekati Jusuf berhubung perjanjian tersebut dua bulan lalu dalam usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memperolehi komitmen daripada lawannya untuk menjamin keamanan negara selepas pilihan raya umum.

Perjanjian tersebut – iaitu kedua-dua pihak mengelak daripada menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen dan menerima sebarang keputusan pilihan raya – dibuat kemudian pada April lalu.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Kedudukan Strategik Ahmad Zahid: Mengapa BN Dijangka Kekal Menyokong Kerajaan Perpaduan Walaupun Menang di Peringkat Negeri

Analisis peluang UMNO di PRN Johor: Kelebihan vs cabaran

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami