BERITASingapura perketat undang-undang laman web berita

Singapura perketat undang-undang laman web berita

yahoo-singapore

SINGAPURA 28 Mei – Pemantau media rasmi Singapura hari ini mengumumkan peraturan pelesenan bagi laman-laman web berita, termasuk portal Yahoo! tempatan, yang akan tertakluk sama seperti peraturan yang dikenakan terhadap media tradisional.

Lembaga Pembangunan Media (MDA) dalam kenyataannya berkata, peraturan baharu tersebut akan berkuatkuasa 1 Jun ini terhadap laman web yang memperoleh lebih 50,000 pelawat unik daripada Singapura pada setiap bulan dan menyiarkan sekurang-kurangnya satu berita tempatan seminggu.

Selain itu, laman web yang diberi lesen perlu memadamkan artikel yang boleh mengancam keamanan dan berbaur perkauman dalam tempoh 24 jam selepas diarahkan oleh MDA.


FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami