‘Free My Internet’ Bantah Peraturan Baru MDA Singapura - pakdin.my

free-my-internet-singapore

Sekumpulan penulis blog Singapura dilapor akan memutuskan talian laman web mereka esok sebagai membantah peraturan baru yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Pembangunan Media republik itu, MDA.

Peraturan itu memperuntukkan laman web berita perlu memohon lesen tahunan individu seperti yang dikenakan ke atas media elektronik lain.

Tindakan memutuskan talian internet itu akan dilakukan selama 24 jam.

Ia melibatkan sekurang-kurangnya 34 penulis blog dan laman web berita bebas dikenali sebagai ‘free my internet’.

Mereka menyifatkan peraturan baru itu satu serangan secara langsung kepada kebebasan bersuara.

Semua laman web berita Singapura perlu mempunyai lesen tahunan individu berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Laman web yang diberikan lesen perlu memadamkan kandungan dilarang seperti laporan menggugat keharmonian kaum dan agama dalam tempoh 24 jam selepas diberitahu oleh pihak berkenaan.

Satu lagi syarat, laman web perlu meletakkan cagaran prestasi berjumlah 50,000 dolar Singapura.

UTAMABERITA'Free My Internet' Bantah Peraturan Baru MDA Singapura

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium