BERITAALAM SEKITARRibut Petir Di Pulau Pinang TumbangkanTiang Antena Dari Bumbung Bangunan

Ribut Petir Di Pulau Pinang TumbangkanTiang Antena Dari Bumbung Bangunan

 

GEORGE TOWN: Ribut petir bertiup kencang di Pulau Pinang mengakibatkan beberapa pokok tumbang dan menyebabkan banjir kilat pada Khamis.

Angin kencang yang bermula pada 7 malam telah menumbangkan tiang antena setinggi 40 meter di atas bangunan Umno 21 tingkat di Jalan Macalister.

Seorang dipercayai cedera dalam kejadian ribut itu. Pokok turut tumbang di beberapa tempat.

Di Tanjong Tokong, bumbung dilihat berterbangan dari rumah-rumah.

Jabatan Meteorologi berkata, ribut ini berlaku selama kira-kira satu jam dari pukul 7 malam.

Beberapa anggota bomba menjalankan siasatan mengenai
insiden menara antena yang jatuh.

Seorang lelaki cedera parah selepas tiang besar jatuh dari bangunan.

Tujuh buah kereta dan sebuah lori rosak dalam kejadian itu.

Masalah itu turut dilaporkan di beberapa kawasan seperti Esplande, Weld Quay, Jalan Datuk Keramat dan Jalan Masjid Negeri.

pemancar-tumbang-penang-4

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

El Niño dah datang, dan kali ni katanya super kuat!

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami