BERITAVideo: Harga Petrol Naik 44% Sabtu

Video: Harga Petrol Naik 44% Sabtu

 

kenaikan-harga-minyakKenaikan harga minyak di Indonesia akan berkuatkuasa Sabtu ini.

Perkara itu disahkan Menteri Industri, M.S Hidayat.

Menurut Hidayat, pengumuman akan dibuat esok dan penguatkuasaan akan dijalankan keesokan harinya.

Pelan yang diluluskan oleh Parlimen awal minggu ini bertujuan mengurangkan beban subsidi minyak yang terpaksa ditanggung kerajaan.

Ia bakal menyaksikan peningkatan 44 peratus bagi harga petrol dan 22 peratus, diesel.

Gabenor Bank Pusat Indonesia, Agus Martowardojo menjangkakan, kadar inflasi akan meningkat dua peratus bulan ini, kesan kenaikan harga minyak.

Kesan itu akan kembali neutral menjelang September atau Oktober ini.

Kenaikan harga minyak juga memberi risiko politik kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Sokongan terhadap parti pemerintah juga jatuh mendadak berikutan beberapa skandal rasuah.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami