BERITAMayat wanita dicincang, dibakar dalam bungkusan

Mayat wanita dicincang, dibakar dalam bungkusan

gohtong_jaya_map

Seorang lelaki yang mahu membuang air kecil di kawasan semak terkejut selepas menemukan bungkusan berisi cebisan mayat seorang wanita yang dibunuh, dicincang dan dibakar di jalan susur Goh Tong Jaya,  Bentong dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, pengadu menemukan bungkusan itu pukul 5.15 petang dan disebabkan curiga telah membukanya.

“Mayat mangsa yang tidak dikenal pasti itu ditemui di situ, yang merupakan jalan pintas ke Gohtong Jaya kira-kira 1 kilometer selepas bulatan ‘U’ ke arah Kuala Lumpur.

“Mayat itu dipercayai dikerat kepala sehingga putus dan badannya dicincang sebelum dibakar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat yang teruk terbakar, polis tidak dapat mengecam jantina mangsa.

Mayat itu dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

[VIDEO] Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami