Sebarang keputusan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut tidak jejaskan kerajaan BN Terengganu - pakdin.my

DUN-Terengganu

Sebarang keputusan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak akan membawa kepada perubahan pimpinan kerajaan negeri Terengganu yang kini diterajui Barisan Nasional (BN).

Biarpun kedudukan akan menjadi 16-16 seandainya kemenangan menyebelahi pembangkang namun undi pemutus Speaker DUN, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, bakal merubah kedudukan menjadi 17-16 membolehkan BN terus berkuasa di negeri ini.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, BN Terengganu memenangi 17 kerusi DUN manakala pembangkang meraih 15 kerusi DUN untuk BN membentuk kerajaan negeri yang diketuai Datuk Seri Ahmad Said sebelum berlaku kekosongan kerusi di DUN itu berikutan kematian wakil rakyatnya Dr A Rahman Mokhtar, Selasa lalu.

Bagaimanapun, keputusan ini amat penting bagi BN untuk menjamin kestabilan politik di Terengganu dan berharap keadaan akan menjadi stabil dalam negeri Terengganu.

BN bersedia menghadapi pilihan raya kecil itu dan tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan dalam bulan Ramadan.

Pelbagai kaedah tertentu akan digunakan untuk berkempen bersesuaian dengan bulan yang mulia itu.

UTAMAPOLITIKSebarang keputusan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut tidak jejaskan kerajaan BN...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium