Tidak Rasmi: BN Tawan PDM Kampung Nangka & Bukit Puteri - pakdin.my

Hari-Pengundian-PRK-DUN-Kuala-Besut-SMK-Kuala-Besut

myKMU.net: Keputusan tidak rasmi melibatkan beberapa PDM telah pun diketahui di mana menurut blogger RBF Online, selain kekal menguasai PDM Pulau Perhentian BN juga berjaya menawan kembali PDM Kampung Nangka dan Bukit Puteri.

Pada PRU-13 PDM Pulau Perhentian dimenangi BN dengan majoriti 269 undi, sementara Kampung Nangka dan Bukit Puteri dikuasai PAS masing-masing dengan majoriti 79 dan 90 undi.

Berikut adalah angka tidak rasmi PRK DUN Kuala Besut bagi PDM yang dimaksudkan;-

1. PDM Kampung Nangka

BN: 524
Pas: 510

Majoriti BN Menang: 14 undi

2. PDM Bukit Puteri

BN: 801
PAS: 753

Majoriti BN Menang: 48 undi

3. PDM Pulau Perhentian

BN:- 454
PAS: 179
Majoriti BN Menang: 275

Sementara itu bagi PDM Tok Saboh, BN turut mengekalkan penguasaannya apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan BN berjaya meraih 1,534 undi berbanding calon PAS yang cuma memperolehi 959 undi.

Jika angka itu menepati atau hampir sama dengan keputusan rasmi bermakna kedua-dua pihak bertanding saling mengalami penurunan undi berkemungkinan besar disebabkan ramai pengundi luar tidak pulang mengundi.

Apa pun sementara menantikan keputusan tidak rasmi yang lain, eloklah kita berhenti seketika untuk berbuka puasa dan menikmati juadah. Selepas solat maghrib kita sambung semula.

UTAMAPILIHAN RAYATidak Rasmi: BN Tawan PDM Kampung Nangka & Bukit Puteri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium