GAYA HIDUPAGAMAUmat Islam Digalakkan Perbanyakkan Ibadah Pada 10 Malam Terakhir Ramadan (video)

Umat Islam Digalakkan Perbanyakkan Ibadah Pada 10 Malam Terakhir Ramadan (video)

LAILATUL-QADR

Ganjaran ibadat menyamai 83 tahun.

Datangnya hanya setahun sekali diantara 10 malam terakhir Ramadan.

Kelebihan Malam Lailatul Qadar itu, hanya untuk mereka yang bersungguh-sungguh mencarinya dengan memperbanyakkan amalan dan ibadat.

Lailatul Qadar adalah hak istimewa untuk umat Nabi Muhamad S.A.W.

Ini kerana hayat umat Nabi Muhamad S.A.W tidak panjang berbanding umat naib-nabi terdahulu.

Suratul Qadar yang diturunkan di Makkah menerangkan keistimewaan Malam Lailatul Qadar

Justeru, umat islam digalakkan untuk melipat gandakan amalan mereka pada 10 malam terakhir Ramadan.

Masa yang terluang diisi dengan alaman sunat seperti iktikaf di dalam masjid, membaca al quran, berzikir dan selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W.

Amalan Qiamullail dengan bangun 1/4 malam adalah terbaik dengan bersolat tahjud, taubat, tasbih dan hajat diikutan dengan doa dan zikir.

Terdapat pelbagai kelebihan bagi mereka yang menemui Lailatul Qadar antaranya mendapat pahala seperti beribadat selama seribu bulan, diampunkan dosa, dijauhkan azab api neraka, dan dimakbulkkan doa.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami