BERITABekas CEO Dan Pengarah Syarikat Dituduh Pecah Amanah (video)

Bekas CEO Dan Pengarah Syarikat Dituduh Pecah Amanah (video)

Datuk Sarchu Sawal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembekalan makanan dan bekas pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat berjumlah lebih 30 juta ringgit.

Datuk Sarchu Sawal yang ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif KPF Quality Foods Sendirian Berhad dan Datuk Tan Han Kook, yang ketika itu pengarah syarikat mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Datuk Sarchu didakwa melakukan pecah amanah ke atas dana syarikat berjumlah 16.9 juta ringgit antara Ogos 2011 dan Februari 2012.

Tan yang ketika itu anggota lembaga pengarah syarikat didakwa melakukan perbuatan sama ke atas dana syarikat berjumlah 13.1 juta ringgit di tempat dan masa sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan Datuk Sarchu dan Tan, masing-masing diikat jamin dua juta dan sejuta ringgit dengan dua penjamin.

13 September depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami