Seorang lelaki warga Nepal maut selepas tergelincir dari bumbung bangunan kedai dua tingkat di Taman Tun Dr Ismail, ibu negara.
Dia yang dipercayai mengalami ganguan mental, dilaporkan memanjat bumbung rumah kedai berkenaan kira-kira pukul 9 pagi tadi dan mengugut untuk membunuh diri.
Pasukan bomba dan penyelamat serta anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk lelaki terbabit bagaimanapun gagal.
Namun setelah hampir dua jam, dia tiba-tiba tergelincir sebelum terjatuh ke atas jalanraya.
Sebelum itu, saksi memaklumkan mangsa sempat membuat beberapa panggilan telefon.
Difahamkan dia juga sepatutnya dibawa oleh pihak kedutaan nepal untuk menjalani rawatan mental hari ini.
Motif kejadian bagaimanapun masih disiasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.