PM Nafi Dakwaan Anwar Mengenai Projek IC Kepada Warga Asing - pakdin.my

najib-projek-sulit-ic

Perdana Menteri turut menafikan dakwaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wujud projek sulit pemberian taraf kewarganegaraan atau projek IC kepada warga asing.

Malah, tegas Datuk Seri Mohd Najib, perkara itu juga dijelaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam persidangan Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI berhubung pendatang tanpa izin di Sabah.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar pada sesi RCI siang tadi yang mendakwa masih ada pendatang asing tanpa izin yang diberikan kad pengenalan.

Jelas Datuk Seri Mohd Najib, setiap negara menetapkan syarat masing-masing dalam pemberian hak kerakyatan kepada warga asing yang layak.

– See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/PM_Nafi_Dakwaan_Anwar.html#sthash.wPdW92ep.dpuf

RCI Sabah: Pasukan Petugas ‘Rahsia’ Diamanah Keluar IC Kepada Pendatang Sejak 1970-an – Anwar

KOTA KINABALU: Satu pasukan petugas dibayangkan telah diamanahkan untuk mengeluarkan dokumen pengenalan Malaysia kepada warga asing di Sabah, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di negeri itu, Khamis.

Ketua pembangkang dan bekas timbalan perdana menteri itu berkata, walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dengan pasukan “rahsia” itu ketika berkhidmat dengan Kerajaan antara tahun 1982 dan 1998, beliau ada mendengar tentang hal itu.

“Ia adalah sebuah kumpulan yang beroperasi di luar skop yang mempunyai struktur sah,” dakwa Anwar, saksi ke-210.

Katanya, beliau sedar sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan bahawa pasukan petugas rahsia telah ditubuhkan pada awal tahun 1970 ketika Tun Abdul Razak Hussein menjadi perdana menteri dan Tun Datu Mustapha Harun menjadi ketua menteri Sabah.

Menjawab soalan daripada pegawai pengendali Manoj Kurup, beliau berkata pasukan petugas rahsia adalah sebagai tindak balas terhadap kemasukan warga Filipina ke negeri itu yang melarikan diri daripada pemberontakan di selatan Filipina.

Anwar berkata kumpulan rahsia itu bukan merujuk kepada Pasukan Petugas Khas Persekutuan ke atas pendatang haram di Sabah yang telah ditubuhkan pada tahun 1980-an.

Katanya, beliau percaya pasukan petugas rahsia tidak pernah dibubarkan.

“Ia bermula di bawah Tun Razak dan diteruskan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi ia perlu dihentikan,” katanya.

Anwar berkata, beliau tidak pernah terlibat atau secara rasmi diberi taklimat tentang pasukan petugas rahsia dan tidak pula dijemput untuk duduk dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh perdana menteri.

“Saya tidak bersetuju bahawa perdana menteri tidak tahu mengenai operasi ini. Jika ia melibatkan 5,000 dokumen, maka mungkin ya. Tetapi di sini kita bercakap mengenai beratus-ratus ribu,” katanya.

UTAMABERITASABAHPM Nafi Dakwaan Anwar Mengenai Projek IC Kepada Warga Asing

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium