[Video] PM ‘Tweet’ dari Ibu Pejabat Twitter

SAN FRANCISCO: “Meeting Twitter CEO @ dickc at Twitter HQ” dan “Great Session at Twitter HQ. A wonderful platform to engage with Malaysians n the Global Community”.

(“Berjumpa CEO Twitter @ dickc di Ibu pejabat Twitter” dan “Sesi Hebat di Ibu pejabat Twitter. Platform menarik untuk berhubung dengan rakyat Malaysia dan komuniti global”.) Dua mesej ini dihantar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitternya @NajibRazak ketika berada di ibu pejabat Twitter di Market Street, di sini pada Isnin.

Najib Tweets From Twitter HQNajib yang turut menyertakan gambar beliau berjabat tangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter Dick Costolo, menghantar mesej berkenaan menggunakan telefon pintarnya, dan disaksikan oleh Costolo.

Gambar itu menunjukkan Najib dan Costolo berjabat tangan dengan logo korporat Twitter berwarna biru sebagai latar belakang.

Terdahulu, Najib yang tiba di ibu pejabat Twitter kira-kira pukul 10 pagi dibawa meninjau di sekitar pejabat itu oleh pegawai kanan syarikat.

Menurut kenyataan media Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC), Najib kemudian bermesyuarat bersama-sama Costolo dan pihak pengurusan kanan syarikat itu.

Turut mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan CEO serta pegawai kanan beberapa buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Twitter merupakan perkhidmatan jaringan sosial dalam talian dan ‘mikroblogging’ yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca ‘tweet’, iaitu mesej teks yang terhad kepada 140 aksara.

Perkhidmatan itu dibangunkan oleh Jack Dorsey pada Mac 2006 dan dilancar empat bulan kemudian pada Julai. Sistem itu meraih populariti dengan pantas dan pada 2012 sahaja mempunyai 500 juta pengguna berdaftar yang memaparkan 340 juta ‘tweet’ (mesej) sehari dan sekarang merupakan antara 10 laman sosial paling dilayari di dunia.

Najib ialah antara beberapa pemimpin dunia yang dikatakan paling aktif ‘tweeting’ (menghantar mesej).

“Saya guna Twitter untuk berhubung dengan rakyat Malaysia, di tanah air dan juga di luar negara,” Najib dipetik berkata dalam mesyuarat itu oleh MDeC.

“Memahami kehendak dan sentimen rakyat membantu saya dan pasukan saya menggubal dasar yang lebih baik bagi menangani isu membabitkan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Rasa ingin tahu Najib mengenai bagaimana ‘Data Besar’ boleh diguna untuk meningkatkan kelestarian dan keterangkuman dalam kalangan rakyat Malaysia, mendorong beliau mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Twitter itu.

Dalam lawatan itu, Najib dirai oleh Costolo yang turut menyampaikan taklimat mengenai ‘impak media sosial terhadap sistem penyampaian kerajaan’, ‘mediasosial dan data beranalisis’, serta ‘Twitter dan keusahawanan sosial’.

Perdana menteri juga mendengar taklimat mengenai penggunaan Twitter dalam penyampaian bantuan bencana selain untuk tujuan mengesan dan meramal, menurut kenyataan itu.

Najib juga berminat dalam penggunaan media sosial untuk berhubung dengan rakyat di Asia Tenggara apabila Malaysia menjadi pengerusi pertama Komuniti Asean pada 2015.

Perbincangan di ibu pejabat Twitter itu turut menyentuh potensi gergasi media sosial berkenaan dalam inisiatif Silicon Valley Connect, MSC Malaysia dan pembabitan syarikat Malaysia dalam ‘Twitter’s Certified Partner Programme’.

Najib yang pada masa ini mempunyai ‘pengikut Tweet’ terbanyak di Malaysia, menghantar mesej kepada 1.7 juta pengikutnya pada penghujung lawatan beliau di ibu pejabat Twitter itu.

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...