Seorang remaja berusia 17 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang anggota polis dipercayai dipukul dengan batu di Melaka semalam.
Perintah reman dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V. Kanasan.
Remaja yang tidak lagi bersekolah dan menganggur ini ditahan di Krubong selepas dipercayai bergelut dengan Koperal Zal Azri Abdul Samad.
Kejadian berlaku di sebuah kilang besi kawasan perindustrian Cheng, Batu Berendam.
Koperal Zal Azri, 31 dari Bahagian Risikan Jenayah D4, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka cedera di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan batu dalam pergelutan itu.
Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Selain suspek, polis juga menahan dua rakannya di tempat lain.