Polis Tahan Dua Lelaki Bersama Bahan Berkaitan Chin Peng

ditahan-bawa-baeanga-berkaitan-chin-peng-1 ditahan-bawa-baeanga-berkaitan-chin-peng-2

GEORGE TOWN  — Polis menahan dua lelaki iaitu seorang warga tempatan dipercayai bergelar Datuk Seri dan seorang rakyat Hong Kong kerana disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis Chin Peng, di sini Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata hasil pemeriksaan ke atas bagasi mereka, polis menemui 13 buku berkaitan komunis selain 11 cendera hati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng selain gambar mendiang Chin Peng.

Suspek warga tempatan berusia 66 tahun dan warga Hong Kong berumur 59 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk pemeriksaan lanjut.

“Mereka dipercayai membawa bahan yang mungkin untuk kegunaan sendiri atau edaran. Buku itu menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Cina,” katanya kepada pemberita.

Difahamkan kedua-dua lelaki itu tiba dengan penerbangan komersil dari Bangkok dan ditahan kira-kira 10.30 malam di balai ketibaan selepas 30 minit pesawat mendarat.

Kepada satu pertanyaan, Abdul Rahim berkata polis tidak menjumpai abu mayat mendiang Chin Peng dalam bagasi yang diperiksa.

Menurutnya, suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Chin Peng, 89, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok minggu lepas akibat sakit tua.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...