BERITAKematian Muhamad Suhaimi Norhamidi - 3 Pelatih PLKN Direman

Kematian Muhamad Suhaimi Norhamidi – 3 Pelatih PLKN Direman

Suhaimi Norhamidi

Tiga pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara P-L-K-N Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Rompin ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ia membabitkan kes seorang pelatih yang ditemui mati dalam bilik air dipercayai di pukul dengan objek tumpul, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Yahaya berkata, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah, pagi tadi.

Mangsa Muhamad Suhaimi Norhamidi, 18 tahun berasal dari Kerdau, Temerloh ditemui terbaring dalam bilik air kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketiga-tiga pelatih yang ditahan berusia antara 18 dan 22 tahun.

Motif sebenar kejadian masih disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami