UtamaNASIONALMuktamar Tahunan PAS: PAS...

Muktamar Tahunan PAS: PAS Henti Perjuangan Negara Islam - pakdin.my

GOMBAK: Selepas gagal meyakinkan komponen Pakatan Rakyat khususnya DAP mengenai konsep negara Islam, PAS kini tegas mahu melaksanakan agenda perubahan menerusi slogan ‘negara berkebajikan’.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan konsep negara berkebajikan yang dibawa oleh parti itu kini lebih terbuka khususnya bagi mengukuhkan hubungan dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

“Negara berkebajikan adalah satu istilah yang terkandung dalam Al-Quran… ia sesuai untuk semua tanpa mengira fahaman agama.

“Ia satu konsep yang ada dalam Islam, jadi kita dahulukan kebajikan untuk rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-57 di sini, Jumaat.

Ditanya sama ada PAS sudah melupakan konsep negara Islam yang menjadi asas perjuangan parti itu sebelum ini, Abdul Hadi bagaimanapun berkata kedua-dua konsep berkenaan hanya disifatkan sebagai label atau jenama.

“Dalam al-Quran tak sebut tentang negara Islam, tapi ada menyebut tentang negara kebajikan,” katanya.

Malah Abdul Hadi turut menyatakan bahawa masih belum tiba masa bagi PAS untuk melaksanakan agenda negara Islam.

“Belum tiba masanya (laksana negara Islam). Apa yang penting ialah pelaksanaan.

“Kalau letak jenama sahaja tapi tak laksana tetap tak ada faedah,” katanya.

Terdahulu, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden bertajuk ‘Membangun Negara Berkebajikan’ Abdul Hadi turut berikrar bahawa PAS komited untuk memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara bersama dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

“Tema ini berpaksikan kepada pegangan kita bahawa Islam itu merangkumi seluruh cara hidup yang berkonsepkan amal kebajikan,” katanya.

Dari kiri, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din; Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Majlsi Perasmian Muktamar Tahunan PAS di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar di Gombak, Jumaat

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU