Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKMuktamar Tahunan PAS: Kebangkitan...

Muktamar Tahunan PAS: Kebangkitan Bukan Ulama Dalam PAS - pakdin.my

KEPUTUSAN pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan gelombang kebangkitan kumpulan Erdogan menguasai sebahagian besar kepimpinan baru parti itu selepas era kepimpinan ulama sekitar 80an.

Daripada 23 senarai kepimpinan baru PAS bagi sesi 2011/2013, hanya lapan daripadanya adalah dikalangan golongan ulama.

Ia sekaligus mencatat sejarah apabila kepimpinan ulama ditolak oleh perwakilan PAS yang menjalankan tanggungjawab mereka dalam proses pengundian yang berlangsung pada Jumaat.

Penguasaan kumpulan Erdogan dilihat begitu ketara pada peringkat kepimpinan tertinggi apabila jawatan timbalan presiden dan ketiga-tiga pemenang jawatan naib presiden dimenangi oleh kumpulan berkenaan.

Mohamad Sabu, seorang aktivis PAS yang dilihat mendapat sokongan daripada penyokong kumpulan Erdogan berjaya dalam percubaan kali keduanya bagi jawatan timbalan presiden apabila mendapat 420 undi menewaskan penyandang jawatan itu sebelum ini, Nasharudin Mat Isa yang hanya mendapat 224 undi.

Kekalahan Nasharuddin sebagai wakil kumpulan ulama juga mencatat sejarah tersendiri selepas 20 tahun apabila jawatan berkenaan kini bertukar tangan kepada pemimpin dikalangan bukan berlatarbelakangkan agama.

Ia juga jelas menggambarkan kumpulan Erdogan yang dilihat menyokong hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan dengan Umno yang dikaitkan dengan Nasharudin.

Bagi jawatan naib presiden, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang terkenal dengan kumpulan Erdogan terpilih dengan mendapat 660 undi di belakang Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob yang mendapat 753 undi.

Selain itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang turut dikategorikan sebagai proErdogan berjaya mengekalkan kendudukannya apabila memperoleh 616 undi.

Hasrat kumpulan ulama untuk mengekang kebangkitan Erdogan juga gagal apabila wakil yang mendapat ‘restu’ bagi menyambung legasi ulama iaitu Idris Ahmad dan Datuk Mohd Amar Abdullah turut tidak diterima perwakilan Muktamar PAS ke-57 kali ini.

Sementara bagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, sekurang-kurangnya lapan daripada 18 yang dipilih adalah di kalangan kumpulan bukan ulama.

Penjenamaan PAS

Senarai baru ‘kabinet’ PAS ini juga dilihat sebagai proses penjenamaan parti itu ke arah survival yang lebih luas atau dengan kata lain dalam kerjasama antara parti berasaskan Islam itu dengan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Imej baru PAS mungkin akan lebih terserlah terutamanya dengan kedudukan Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu sebagai ‘duta’ perhubungan parti dengan pihak luar.

PAS selepas ini mungkin akan lebih liberal terutamanya dalam menjalinkan hubungan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak-pihak yang berada di luar daripada parti itu.

Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ‘kabinet’ campuran parti itu kini menjadikan parti itu lebih bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar.

“Kita memerlukan pemimpin yang datang daripada pelbagai latar belakang.

“Kita ada doktor, jurutera, serta individu yang rapat dengan NGO, semua ini penting untuk perubahan PAS.

“Kita boleh berubah dari segi strategi, tapi kita tak berubah dari segi dasar…semua pemimpin yang ada ini menyokong dasar dan perjuangan PAS,” katanya.

 

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480