Motosikal Berkuasa Tinggi Ducati Terbabas Di Lebuhraya Berhampiran Bukit Beruntung - Penunggang...

Motosikal Berkuasa Tinggi Ducati Terbabas Di Lebuhraya Berhampiran Bukit Beruntung – Penunggang Maut

Hamidon Khamis

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, setelah kenderaan ditunggang terbabas menyebabkan mangsa terseret kira-kira 50 meter.

Mangsa dalam perjalanan pulang ke ibu negara, selepas berkonvoi bersama rakan-rakannya dari pekan Tanjung Malim.

Kejadian malang ini berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, di Kilometer 427.3, Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, berhampiran susur ke Bukit Beruntung

Siasatan awal polis mendapati, motosikal jenis Ducati ini dipercayai hilang kawalan ketika melalui laluan berselekoh ini.

Akibatnya, motosikal merempuh besi penghadang jalan, menyebabkan mangsa bersama motosikalnya terseret.

Mangsa, Hamidon Khamis, 47 tahun, yang berasal dari Kuala Terengganu, cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Beliau sebelum itu berkonvoi ke pekan Tanjung Malim untuk bersarapan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Terkini:

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami