BERITA2 Maut Tunggang Motosikal Melawan Arus Di Lebuh Raya Maju Ekspressway

2 Maut Tunggang Motosikal Melawan Arus Di Lebuh Raya Maju Ekspressway

2 Maut Tunggang Motosikal Melawan Arus

Akibat menunggang melawan arus di lebuh raya, dua orang maut setelah motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah lori di ibu negara, awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa yang tercampak dan cedera parah, maut di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi di kilometer 1.4 Lebuh Raya Maju Ekspressway dari arah pusat bandaraya menuju Putrajaya.

Siasatan awal polis mendapati, nahas berlaku apabila sebuah lori tidak sempat mengelak motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.

Ketika kejadian, terdapat tiga motosikal ditunggang melawan arus di lebuh raya ini.

Bagaimanapun, dua buah lagi motosikal terus meninggalkan tempat kejadian sebaik kemalangan berlaku.

Kedua-dua pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azraf Noor Azmi, 24 tahun dan rakannya, Nurmadiha Rohami, 22 tahun.

Kedua-dua mangsa berasal dari Kamunting, Perak.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Saksi kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan di RAKANCOP 03-21159999.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami