UtamaPOLITIKAkhirnya Pas Terpaksa Mengakui...

Akhirnya Pas Terpaksa Mengakui DAP Masih Belum Faham Islam - pakdin.my

dap tarbiah pas

Setelah bertahun diperkudakan oleh PKR dan DAP akhirnya Pas seakan tersedar dari mimpi dan terpaksa mengakui, bahawa parti itu telah GAGAL mendidik pengerusi parti Ultra Kiasu, Karpal Singh dengan ajaran Islam. Ia diakui sendiri oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika mengulas kenyataan bohong Karpal yang menjadi polemik akhir-akhir ini.

Harun Taib berkata, kenyataan Karpal akibat kecetekan ilmu terhadap Islam dan berharap pemimpin itu mengkaji serta belajar Islam dengan baik sehingga akhirnya sedar kenyataan itu tidak betul.

Disebabkan kenyataan Karpal yang meminta agar Pas dibubarkan pendaftaran, sebelum ini, ramai di kalangan pimpinan Pas mula melenting bagai nak gila. Baik pemimpin yang besar, hinggalah kepada pemimpin di peringkat kawasan kampung, semua seolah-olah terkejut dan tidak percaya kenyataan tersebut keluar dari mulut pemimpin rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.

Sedangkan sebelum ini, baik DAP mahupun Karpal Singh mereka ini semua dipuji bak setinggi langit. Kononnya parti ultra kaisu itu telah mula faham dengan Islam, persetujuan untuk bekerjasama adalah sebahagian dari dakwah, malah ada di kalangan mereka yang ‘marah’ dan yang sanggup membela DAP yang dilabelkan sebagai ‘kafir harbi’.

Contohnya Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali melalui kenyataan yang disiarkan oleh Harakah Daily pada 16 Ogos 2012 mengatakan, tindakan melabelkan DAP sebagai kafir harbi adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.

Beliau menjelaskan, dalam konteks hubungan antara Pas dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu’ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

Paling menarik, mereka turut mengeluarkan fatwa songsang dengan mengatakan mengundi calon-calon DAP pada pilihanraya adalah tidak haram kerana parti itu telah bersepakat untuk mengikat janji dengan Pas. Antara hujah yang digunakan, kononnya ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar’iyyah.

Seterusnya Pas suatu ketika dahulu juga, pernah berbangga apabila mendakwa DAP telah mula memahami Islam sejak parti itu menggunakan pendekatan ‘tahaluf siyasi’. Ini kerana menurut mereka, ketika Konvensyen DAP Pulau Pinang yang diadakan pada 2010, ia telah diakhiri dengan bacaan doa.

Mereka mendakwa ia sebagai bukti dan tanda DAP telah mula mendekatkan diri dengan Islam dan semakin terbuka untuk menerima Islam selari dengan kenyataan yang pernah diungkapkan oleh Musyidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Malah bekas menteri besar Perak sebelum ini juga pernah berkali-kali memuji DAP yang disifatkan sebagai cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif sama ada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu.

Paling menarik, untuk mengelaburi mata rakyat, mereka turut mengatakan Nga Kor Ming yang merupakan salah seorang Exco dari DAP pada ketika itu sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Nizar. Nga dikatakan sering bertanya dari ayat mana dan surah apa yang dibacakan oleh Nizar.

Tidak cukup dengan itu, bagi meyakinkan hubungan antara Pas dan DAP bukan seperti yang di dakwa kononnya Nga sering merujuk kepada Al-Quran bagi mencari ayat yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah.

Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, kini DAP tidak lagi dianggap sebagai sahabat mahupun kawan. Tambahan pula pada Muktamar kali ini, parti itu akan memilih pucuk pimpinan. Maka sudah tentu mereka yang ingin bertanding perlu meyakinkan para perwakilan bahawa mereka adalah merupakan calon yang paling layak untuk dipilih.

Selain mempunyai kredibiliti, watak garang dan tegas juga perlu ditonjolkan bagi memastikan perwakilan yakin dan seterusnya mengundi mereka.

Kesimpulannya, kenyataan Karpal dan isu Hudud yang dimainkan pada ketika ini tidak lebih hanya satu drama dan sandiwara. Ini kerana semua perkara yang dibangkitkan itu akan lenyap sejurus sahaja keputusan pemilihan diketahui.

Hakikatnya Pas adalah merupakan parti politik yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri.

 

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...