Kes bunuh Pengarah Penguatkuasa JAIP: ‘Tuhan Harun’ didakwa di mahkamah Isnin ini - pakdin.my

tuhanharun

Ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ dan beberapa orang pengikutnya akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan berhubung kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik pada Isnin depan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Allahyarham Ahmad Raffli ditembak di rumahnya di Indera Mahkota 2 di Kuantan pada 10 November lalu.

Sejak kes itu polis telah memburu Harun dan anggota kumpulan ajaran berkenaan.-14/12/2013


Pengikut ‘Tuhan Harun’ rancang bunuh beberapa orang lagi…- KPN

Polis percaya dapat mematahkan rancangan pengikut “Tuhan Harun” untuk membunuh beberapa lagi individu di negara ini berikutan penahanan dua orang dipercayai pengikutnya hasil siasatan kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua daripada 10 individu yang dikehendaki polis itu ditangkap di Kampung Tagasan, Semporna, Sabah 2 Dis lepas.

“Siasatan mendapati kumpulan ini selain merancang dan melaksanakan pembunuhan ke atas penguatkuasa JAIP itu mereka juga merancang untuk membunuh beberapa lagi individu.

Bagaimanapun, Khalid tidak mendedahkan identiti mereka.

“Kumpulan ini juga akan melakukan apa sahaja sehingga membunuh jika mana-mana individu cuba menghalang aktiviti mereka,” katanya dalam sidang media sempena majlis pengisytiharan menaik taraf Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) sempena ulang tahun penubuhan PSP ke-58 di sini hari ini.

Katanya polis masih memburu lapan lagi individu, tetapi dalam masa yang sama tawaran terhadap beberapa individu lain yang dikehendaki polis dalam kes itu supaya menyerah diri masih lagi terbuka.

Ketua Penguatkuasa JAIP, Mohd Raffli Abdul Malik, 49 ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Kuantan, Pahang pada 10 Nov lepas dan kes pembunuhan itu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun.-5/12/2013


Polis rungkai kes tembak penguatkuasa JAIP…

Tahniah PDRM, hasil kecekapan dan siasatan rapi, kes tembak mati Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malek pada 10 November lalu berjaya dirungkai.

Mengumumkan kejayaan tersebut, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata 13 pengikut ajaran sesat Tuhan Harun telah ditangkap dengan dua daripadanya adalah wanita.

“Syabas Team Cantas Bukit Aman berjaya rungkai kes bunuh Penguatkuasa JAIP. Tangkap 13 org dan pistol dirampas. Angkara Kumpulan Tuhan Harun,”katanya melalui laman akaun twitter peribadinya tadi.

Negara digemparkan dengan kejadian petang 10 Nov lalu apabila Ahmad Raffli maut terkena dua das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki yang tidak dikenali di hadapan ruamahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira jam 1.55 petang tadi.

Sebelum kejadian mangsa yang berusia 49 tahun sedang berehat di dalam rumah bersama isteri dan anaknya.

Sebelum sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih berhenti di hadapan rumahnya sebelum seorang lelaki yang memakai jubah berwarna hitam serta berkopiah putih berusia dalam lingkungan 50-an keluar dan memanggilnya.

Sebaik mangsa menghampiri suspek, seorang lagi suspek berusia 30-an yang berada di bahagian tempat duduk belakang keluar lalu melepaskan tiga das tembakan dan terus melarikan diri.

Dua das tembakan yang dilepaskan mengenai bahagian dada kanan mangsa menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Berikutan itu polis melancarkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

UTAMABERITAKes bunuh Pengarah Penguatkuasa JAIP: 'Tuhan Harun' didakwa di mahkamah Isnin ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium