Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALPengguguran Hasan Ali disambut...

Pengguguran Hasan Ali disambut baik DAP - pakdin.my

SHAH ALAM 13 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim menganggap pengguguran Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor akan memantapkan hubungan pakatan pembangkang di negeri ini.

Menurutnya, ini memandangkan Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu dikatakan tidak membantu dalam usaha mengukuhkan parti pembangkang di negeri ini.

”Bukan kita (DAP) tidak suka (Hasan), tetapi saya dengar dia tidak bagus dan jarang turun padang. Namun, saya yakin dengan perubahan pimpinan Pas negeri ini akan memantapkan parti pembangkang di Selangor.

”Hasan juga dilihat berbeza daripada pimpinan Pas negeri yang lain kerana dilihat lebih cenderung kepada UMNO dan dikatakan menyokong kerajaan perpaduan sebelum ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Suee Lim berkata, pihaknya juga yakin bahawa perubahan dalam jawatan Exco kerajaan negeri akan berlaku ekoran pelantikan ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman selaku Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru bagi menggantikan Hasan.

”Difahamkan bahawa Hasan tidak begitu memainkan peranan dalam usaha sedemikian kerana tidak aktif turun padang di peringkat akar umbi selaku Pesuruhjaya Pas negeri dan Exco kerajaan negeri.

”Bagaimanapun, perubahan itu sebenarnya terpulang kepada keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdasarkan perbincangan di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad menerima baik pelantikan Dr. Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru sebagaimana diumumkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Katanya, perubahan kepimpinan Pas negeri dilihat bagi membolehkan semua pemimpin Pas Selangor termasuk Hasan selaku Exco kerajaan negeri memberikan tumpuan penuh kepada usaha mengukuhkan parti pembangkang di Selangor.

”Soal jawatan Exco yang disandang Hasan sama ada berubah atau kekal tidak timbul kerana tumpuan yang sebenar ialah untuk mengukuhkan parti. Tidak ada perbincangan pun mengenai perkara itu,” katanya.

Mengenai kemungkinan berlaku rombakan dalam Pas Selangor selepas ini, beliau berkata, ia terpulang kepada Pesuruhjaya Pas negeri yang baru.

Sementara itu, Hasan gagal dihubungi bagi mendapatkan ulasan mengenai pelantikan Dr. Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838