Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALBEERSIH 2.0 – SPR...

BEERSIH 2.0 – SPR jawab satu-persatu dakwaan Bersih - pakdin.my

“SAYA tidak suka panggil ia Bersih… saya lebih gemar panggil ia kumpulan, sebab ia ada agenda.

“Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga. Saya pun sudah jelaskan kepada Ambiga (Ketua Pemantau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan) dalam surat saya dan pertemuan secara panjang lebar tapi dia ni masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya.”

Demikianlah reaksi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof mengulas rancangan Bersih yang disertai parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan mahu menganjurkan tunjuk perasaan pada 9 Julai ini di ibu negara yang kononnya menuntut pilihan raya lebih adil dan bersih.

Sebenarnya, sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu. Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.

Abd. Aziz yang baru pulang ke tanah air dari mengerjakan umrah kelmarin memberitahu bahawa SPR sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.

Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.

“Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon.”

Menurut Abd. Aziz dengan ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.

Pengerusi SPR itu turut menjelaskan satu persatu bagi menjawab rasa tidak puas hati Ambiga atau lebih tepat lagi ‘Bersih’ sehingga merangsang pertubuhan itu untuk menggerakkan demonstrasi haram bulan depan.

Antaranya tentang desakan supaya dibersihkan senarai Daftar Pemilih sedangkan senarai pengundi berdaftar dibersihkan SPR sepanjang masa.

Ada tiga cara. Pertama, nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Justeru, SPR memerlukan kerjasama daripada waris si mati yang perlu mengambil sijil pengkebumian yang dikeluarkan oleh polis sebelum ke JPN untuk mendapatkan sijil mati. Waris kemudian bawa sijil mati ini ke SPR untuk tindakan. SPR sendiri tidak boleh sesuka hati memotong nama seseorang pengundi.

Kedua, pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN.

Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Contohnya, jika seseorang tinggal di Kuala Lumpur tetapi mengundi di Pulau Pinang, itu bermakna senarai pengundi kita tidak boleh dibersihkan.

Abd. Aziz menjelaskan, dalam kes ini, jika orang kuat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri hendak membantu SPR, maka dia kena tukar tempat mengundi ke tempatnya tinggal sekarang di Segambut.

“Macam saya dulu mengundi di Ampang tetapi disebabkan kini saya bermastautin di Seksyen 7, Shah Alam, maka saya tukar tempat mengundi ke situ,” katanya.

Namun, kata beliau, jika berbeza tempat tinggal dan kawasan mengundi pun, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada SPR.

“Ya, pengundiannya masih sah tetapi situasi inilah menyebabkan timbulnya tuduhan wujud ‘pengundi hantu’ dalam daftar pemilih seperti mana didakwa parti-parti pembangkang. Sebenarnya istilah ‘pengundi hantu’ tidak wujud, sebaliknya berpunca daripada keengganan pengundi menukar tempat mengundi seperti mana alamat tertera di dalam kad pengenalan.

“Mengikut perkiraan SPR, peratus mereka berpendirian seumpama ini melebihi 50 peratus. Sebab itu, kita lihat apabila pilihan raya kecil sahaja, beribu-ribu orang balik ke kampung untuk mengundi.

Tegas Abd. Aziz, Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik. Pertama, kerana ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.

“Jika daftar secara automatik seperti mana yang selalu digesa oleh parti-parti pembangkang, maka akan kacau-bilau negara ini. Ini kerana semakin ramai orang tidak dapat mengundi kerana kawasan tempat mengundi dan alamat tempat tinggal tidak sama.

“Ini juga kerana pengundian dibuat berdasarkan alamat dalam kad pengenalan. Justeru, ia mengakibatkan peratusan keluar mengundi akan berkurangan sehingga bawah 50 peratus. Situasi ini berlaku di Bosnia Herzegovina apabila pendaftaran mengundi dibuat secara automatik tetapi pengundian tidak diwajibkan. Akibatnya, peratus keluar mengundi menurun mendadak bawah 50 peratus,” katanya.

Demikianlah juga apabila Bersih mendesak supaya kelayakan mengundi dikurangkan dari usia 21 tahun kepada 18 tahun. Dengan jumlah sekarang sahaja menyaksikan sebanyak empat juta belum mendaftar, inikan pula apabila kelayakan itu dikurangkan kepada 18 tahun.

Risikonya, kata Abd. Aziz jika dua perkara itu dilaksanakan, parti-parti pembangkang di negara ini akhirnya akan menuduh SPR macam-macam.

“Kata SPR bodohlah, desak Pengerusinya letak jawatan. Inikan bila empat atau lima orang tidak boleh mengundi, sudah lempar macam-macam tuduhan. Nanti kalau dikuatkuasakan pendaftaran automatik, tak tahu apa pula diburuk-burukkan SPR ini,” kata Abd. Aziz.

Beliau turut menolak kecaman Ambiga bahawa kononnya SPR kendaliannya tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya.

Tegasnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.

“Jika tidak ada kemahiran tetapi kita tetap laksanakan, kemudian kita gagal dan malu sendiri. Apatah lagi sekarang ramai sangat peguam yang ‘pandai’. Jadi, kita kena bijaksana dalam soal ‘menggigit’ kerana sekarang yang ‘hitam boleh jadi putih’ dan ‘yang putih boleh jadi hitam’ apabila sesuatu kes rasuah disebut di mahkamah.

“Macam kes Datuk Zaid Ibrahim bangkitkan dakwaan rasuah di Hulu Selangor, mahkamah pun tolak kes itu… jadi, kalau nak menggigit, Ambiga mesti pastikan gigitan itu tepat dan ada kesan,” katanya.

Dalam soal ini, tegas Abd. Aziz, SPR menggesa rakyat Malaysia menolak sama sekali rancangan pembangkang mahu mengadakan perhimpunan Bersih.

“Ia bukan ‘Bersih’, kalau pilihan raya kita tidak bersih masakan pembangkang boleh menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil di negara ini sejak Mac 2008.

“Apakah jika pembangkang menang semua sekali kerusi dalam 16 pilihan raya kecil itu, maka demokrasi dikatakan telah bersih… jika itu tanggapannya, SPR serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilainya,” kata Abd. Aziz.-14/6/2011 -Utusan

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480