Penyingkiran Hasan Ali: Sampah dalam mata sudah dibuang… - pakdin.my

Sebaik sahaja keputusan pemilihan pada muktamar lalu yang melihat golongan ulama ‘tumbang’, sudah kedengaran cakap-cakap kedudukan Datuk Dr Hasan Ali sebagai pesuruhhjaya PAS negeri Selangor bakal tergugat.

Apatah lagi, kumpulan Erdogan yang dikaitkan sebagai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan tersebut termasuk ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang diketahui tidak sebulu dengan Dr Hasan.

Cakap-cakap Dr Hasan akan digugurkan daripada jawatan yang dipegang hampir 10 tahun jadi kenyataan apabila mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Pusat petang Ahad menggugur beliau dan beberapa pemimpin lain termaduk Datuk Harun Taib, sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Harun juga adalah Ketua Dewan Ulama PAS yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan baru-baru ini.

Di sebalik penguguran Dr Hasan, ada pihak dalam PAS Selangor melihat tindakan itu usaha terancang bagi menyingkirkan Dr Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Dr Abd Rani Osman yang juga ADUN Meru dinamakan sebagai pengganti Dr Hasan.

Beliau dikatakan rapat dengan Khalid dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa ali.

Sebab itu, ada cerita kononnya mereka berdua adalah tangan di sebalik penguguran Dr Hasan.

Ada pemimpin PAS melihat Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia sudah jadi liabiliti kepada PAS.

Beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang kerap mencetuskan kontroversi dengan PKR dan DAP ekoran beberapa isu termasuk isu penjualan arak secara terbuka di Bandaraya Shah Alam.

Dr Hasan juga bertelagah dengan Exco DAP, Ronnie Liu dalam isu terbabit.

Beliau pernah memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Munawi meskipun pelantikan itu dibantah Pakatan Rakyat.

Nama Dr Hasan ibarat sudah dihitamkan dan digambarkan sebagai pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan PKR dan DAP.

Dr Hasan juga dikaitkan cenderung menyokong ‘kerajaan perpaduan’ dengan UMNO meskipun kepimpinan pusat PAS telah menolak perkara itu.

Dengan penyingkiran itu, Dr Hasan kini hilang penguasaan terhadap PAS Selangor.

Beliau kini cuma Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setelah menang tipis pada pemilihan 3 Jun lalu dengan menduduki tempat ke-16.

Sumber memberitahu [B]Agendadaily[/B], pengguguran Dr Hasan dijangka membuka laluan kepada Khalid mengambil alih jawatan berkenaan pada pemilihan akan datang.

Dr Abd Rani dikatakan hanya memegang jawatan itu sementara sahaja kerana jika melantik Khalid menggantikan Dr Hasan, akan nampak penguasaan kumpulan Erdogan secara mendadak dalam parti itu.

Namun tindakan itu turut menimbulkan rasa kecewa penyokong Dr Hasan.

Mereka merasakan Dr Hasan tidak patut diperlakukan sedemikian tanpa ambil kira jasa ditaburnya sejak mengetuai PAS Selangor kira-kira 10 tahun lalu.

Masa Dr Hasan, PAS Selangor lebih mantap, kata sumber itu.

Inikah cara PAS membalas jasa-jasanya, soal sumber tersebut.

Sumber itu mengakui ada cakap-cakap kononnya Dr Hasan akan diberikan peranan di peringkat Pusat dan perlu tumpu pada tugas Exco di Selangor, tdetapi itu bukan alas an mengenepikan beliau.

Timbul teka teki kini adakah kedudukan Dr Hasan sebagai Exco turut tergugat setelah beliau bukan lagi pesuruhjaya PAS negeri.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya dengar ‘suara ghaib’ minta tempat Dr Hasan digantikan dengan pemimpin PAS lain.

Beliau kena ingat bagaimana Ronnie tewas pada pemilihan DAP tetapi masih kekal dalam barisan exco kerajaan negeri.

Jika faktor ini diambil kira, kedudukan Dr Hasan sebagai exco akan kekal sehingga pembubaran Dewan Undangan Negeri nanti.

Namun, apa yang menimpa Dr Hasan pasti melegakan pemimpin tertentu dalam PAS.

Malah PKR dan DAP juga bertepuk tangan kerana sampah dalam mata mereka selama ini sudah dibuang. -13/6/2011   OLEH ROSLAN BIAN

UTAMABERITAPenyingkiran Hasan Ali: Sampah dalam mata sudah dibuang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium