PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream Dikesan Ada Racun – Kementerian Kesihatan

    Sensual Meiji Skin Renewer Cream

    Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream yang dikesan mempunyai racun berjadual asid azelaik.

    Dalam kenyataan pada Jumaat, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A. Rahman berkata produk yang dikilangkan di Taiwan itu diuji serta dikesan mengandungi racun yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

    Katanya, produk yang mengandungi asid azelaik, perlu berdaftar dengan PihakBerkuasa Kawalan Dadah, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagimerawat masalah jerawat dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesionalkesihatan.

    “Penggunaan asid tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit,” katanya.

    Beliau berkata, syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu diarah memberhentikan penjualan atau pembekalan dengan serta-merta dan memanggilbalik kesemua stok produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

    “Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta merta,” katanya.

    Eisah berkata, pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya.

    Sementara itu, beliau berkata syarikat yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 dan hukuman bagi kedua-dua individu ataupun syarikat akan meningkat jika didapati mengulangi kesalahan sama.

    Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik, dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, di talian 03-8835532/5533/5537.

    # Tag

    Berkaitan

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah