2013: Dalam terlelap Khalid dapat atasi Anwar serta Azmin - pakdin.my

Khalid_Ibrahim Terlelap Ketika Sidang Media

Walaupun berdepan macam-macam halangan sepanjang menduduki kerusi Menteri Besar Selangor yang dianggap ‘berhantu’, tidak dinafikan Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mengatasinya.

Beliau terus memimpin Selangor sejak Pakatan Rakyat mengambil alih daripda kerajaan Barisan Nasional pada 2008 dan mengukuhkan kedudukan pada PRU 13 lalu dengan tambahan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lagi.

Khalid juga dapat mengenepikan seterunya Azmin Ali yang diuar-uarkan bakal mengisi jawatan Menteri Besar selepas pilihan raya tersebut.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail memastikan beliau kekal dengan mengemukakan nama Khalid awal-awal lagi kepada Sultan Selangor.

Namun, jika diselak lagi kisah sepanjang 2013, Khalid jadi bahan ketawa dan tidak kurang juga ada yang naik darah dengan tindakan dan keputusan Khalid yang boleh dikategorikan sebagai keputusan bodoh.

Khalid terkenal dengan sikap selamba dan tidak memperdulikan pihak yang mengkritiknya.

Tentu ramai masih ingat kisah Khalid yang terlelap semasa sidang media selepas majlis angkat sumpah  Ahli Dewan Undangan Negeri )Adun) Selangor.

Beliau terlelap kira-kira 15 saat sebelum ditegur wartawan. Bagaimanapun setiausaha politik beiau Faekah Hussin mempertahankan ‘boss’ kesayangnya itu dengan mengatakan Khalid mengambil ubat darah tinggi sebelum majlis tersebut.

Sebagai seorang pemimpin nombor satu negeri itu, Khalid selama sahaja  berdepan dengan pelbagai kecaman bukan sahaja dari rakyat malah daripada Azmin yang merupakan Ketua PKR Negeri Selangor.

Azmin banyak mengkritik Khalid mengenai  cara pentadbiran beliau yang dilihat tidak efektif terutamanya melibatkan pengurusan wang rizab negeri yang berjaya dikumpul Khalid sepanjang memerintah Selangor tetapi kedekut membelanjakannya..

Terdedah juga menerusi  Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 bagi negeri itu, Khalid sebenarnya mengumpul wang rizab melalui dapatan peruntukan dari kerajaan pusat terutamanya melalui peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan raya Malaysia (MARRIS).

Tidak ragu lagi Selangir memang berjaya menyimpan rizab yang tertinggi, ini kerana setiap tahun kerajaan persekutuan memperuntukkan RM400 juta dan jalan raya di sekitar negeri itu ternyata banyak ‘lubangnya’ sama seperti banyak lubang dalam pentadbiran Khalid .

Kalau dengan Azmin pun Khalid boleh buat bodoh, jangan sangka dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau tidak berani lawan tauke.

Buktinya dalam soal kenaikan gaji  anggota Dewan Undangan Negeri Selangor, Khalid buat pekak telinga daritidakgambil pusing semua teguran  Anwar.

Inilah sikap MB Selangor yang merupakan seorang yang bukan sahaja bermuka selama tetapi bersikap ‘telinga kuali’ dalam banyak isu’.

Disebalik kritikan dan teguran Anwar dan Azmin, beliau bertindak mengurangkan jumlah perbelanjaan pembangunan sebaliknya meningkatkan jumlah peruntukan perbelanjaan mengurus sehingga mereka mendapat kenaikan gaji yang tinggi.

Mengikut perkiraan, Khalid bakal menikmati kenaikan paling mewah dengan gaji Menteri Besar berjumlah RM29,250, Ahli Parlimen pula RM6,500 dan sebagai Adun beliau bakal menerima RM11,250 menjadikan jumlah gaji  bulanannya RM46,500 yang tidak dikenakan cukai.

Khalid juga didakwa gagal menyelesaikan projek pembersihan Sungai Klang yang masuk dalam manifesto pilihan raya sehingga boleh menyebabkan banjir kilat di sesetengah kwasan terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, Khalid mengambil  pendekatan untuk tidak mepedulikan segala cakap disekelilingnya.

Inilah antara sandiwara Khalid sepanjang  2013, dan beliau masih ada beberapa tahun lagi untuk terus mentadbir Selangor dengan sikapnya itu. .

Mungkin banyak lagi rakyat Selangor boleh lihat dan dengar tetapi jangan harap sangat Khalid mahu dengar sebab dengan selambanya beliau kadangkala akan beri jawapan lain walaupun soalan ditanya lain.

UTAMAPOLITIK2013: Dalam terlelap Khalid dapat atasi Anwar serta Azmin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium