UtamaGAYA HIDUPAGAMAHoly Water: Benarkah...

Holy Water: Benarkah Yang Meminumnya Ikhlas Menerima Kristian? - pakdin.my

holy-water

Cerita mengenai Holy Water diedarkan secara percuma oleh mubaligh Kristian di beberapa kawasan di Malaysia bukan cerita baru.  Penulis sendiri pernah mendengar mengenainya sejak tahun 90an lagi.  Memang sukar untuk kita percaya bahawa ada ajaran agama yang membenarkan pendakwahnya menambahkan pengikut secara muslihat. Namun, itulah yang kita dengar dan masih kedengaran sehingga ke hari ini.

Akhir-akhir kisah ini semakin hebat lagi diperkatakan.  Baru semalam, katanya, ada remaja yang menerima air itu secara percuma di sekitar Gombak dan kemudiannya tidak mampu mengucap kalimah syahadah atau beristighfar sekali pun.  Katanya, orang yang meminumnya seakan terpukau dan menurut saja apa yang diperkatakan oleh pendakwah Kristian tadi.

Penulis bukan jenis yang mudah percaya kepada sihir, namun penulis pernah mendengarnya dari mulut seorang arwah Mufti sendiri yang turut terlibat memulihkan mangsa Holy Water ini.  Justeru, penulis sentiasa berfikiran terbuka ke atas apa saja kemungkinan.

Apa yang penulis musykil ialah jika semua ini benar, kenapakah pendakwah agama Kristian perlu melakukan penipuan sebegini untuk menambah bilangan penganutnya? Apakah agama itu membolehkan mereka untuk menipu atau ‘mengenakan’ orang lain agar memeluk Kristian?

Apakah dengan memastikan seorang Muslim itu tidak lagi dapat mengucap secara lisan maka mereka bukan lagi Muslim dan menjadi Kristian?

‘Iman’ menurut Islam terletak pada hati, roh, fikiran, akal dan perasaan iaitu bukan berbentuk fizikal yang mampu dinilai atau dihukum oleh sesiapa selain Allah SWWT. ‘Iman’ tidak boleh dimasukkan atau dibuang sewenang-wenangnya dari dalam diri seorang Muslim tanpa sedar dan tanpa kerelaannya.

Nampaknya agama Kristian tidak berpegang kepada konsep yang sama.  Agama itu jelas hanya berupa fizikal semata-mata kerana boleh ‘dimasukkan’ ke dalam diri orang lain dengan hanya meminum air yang telah ‘dijampi’ dan dibubuh garam.

Agama Kristian itu juga boleh ‘dikeluarkan’ dari diri orang itu dengan menyedarkannya dari ‘pukau’.  Namun, hampir semua mangsa yang ditemui, katanya, tidaklah terpukau sepenuhnya.  Sebaliknya cukup sedar dan ingin mengungkap syahadah, cuma tidak dapat dikeluarkan secara lisan.    Ini bermakna, roh dan minda mereka masih beriman kepada Allah SWT dan para RasulNya.

Ini bermakna ‘dakwah’ atau ‘penipuan’ Kristian itu adalah tidak berjaya tetapi hanya mencetuskan gangguan sementara dalam sistem kerohanian seseorang Muslim yang menjadi mangsa, serta tidak lebih dari itu.

Bagaimanapun, kita tidak boleh mengambil ringan akan kemungkinan terdapat umat Islam yang hanyut terus akibat longgarnya pegangan akidah dan kefahaman Islam. Justeru, kita wajib berusaha untuk saling ingat mengingati dan memerangi strategi dakwah yang licik lagi jahat ini, sekiranya ia benar-benar berlaku.

Memandangkan penganut Kristian pada hari ini berhujah bahawa Tuhan bagi semua agama adalah sama, maka kita ingin mengingatkan mereka bahawa Allah SWT tidak sekali-kali menyuruh manusia menipu dalam berdakwah sepertimana yang mereka lakukan.

Dan lagi, jika benar mereka percaya bahawa semua Tuhan adalah sama, kenapa Kristian perlu bersusah payah memurtadkan umat Islam?

Tindakan pendakwah Kristian ‘memerangkap’ umat Islam dengan Holy Water bukan sahaja jahat, tetapi yang paling dibimbangkan ialah ia mampu mencetuskan huru-hara dalam masyarakat.  Tidak mustahil ia juga mampu membawa kepada pertumpahan darah dan kemusnahan besar-besaran sekiranya berterusan.

Lebih dari itu, jika benar pendakwah Kristian gemar berdakwah secara muslihat, pukau atau sihir, maka para penganut Kristian wajar ‘memeriksa’ diri mereka sendiri.  Apakah mereka menerima Kristian kerana tertipu, terpukau atau terkena sihir?  Apakah mereka yakin yang mereka menganut agama Kristian kerana mereka yakin ia adalah agama yang benar?

Mungkinkah jika mereka dapat menyembuhkan diri mereka dari sihir itu dan berhenti meminum Holy Water maka hati dan minda mereka akan kembali terang dan tidak lagi ingin sengaja mencetuskan persengketaan dengan agama Islam?  Tidak mustahil juga jika mereka berhenti meminum Holy Water maka mereka akan turut melihat bahawa Islam itu benar.

Kitab Injil juga ada menyebut mengenai syaitan dan iblis yang gemar memanipulasi manusia agar menjadi sesat.  Justeru, tidakkah para penganut Kristian terfikir adakah pendakwah mereka benar-benar berdakwah mengikut ajaran ‘Jesus’ atau sebenarnya hanya memanipulasi manusia agar mengikut jalan ‘iblis’?

Apapun, tindakan menyihir dan menipu orang lain mungkin merupakan ajaran Tuhan Trinity tetapi ia pastinya bukan sekali-kali ajaran Allah SWT.  Maka jelaslah bahawa agama Kristian tidak menyembah Tuhan yang sama dengan agama Islam!

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...