Diam-diam Azmin KANGKUNG kan Khalid!

Tweet Arfa Eza:
Tweet Arfa Eza:
Azmin kemudiannya membalasnya dengan menyifatkan alasan Khalid sebagai ‘alasan kangkung’.
Azmin kemudiannya membalasnya dengan menyifatkan alasan Khalid sebagai ‘alasan kangkung’.

Dalam seronok sesetengah pihak cuba kaitkan ‘kangkung’ dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ramai tidak sedar Tan Sri Khalid Ibrahim turut ‘dikangkungkan’ Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dalam isu penguguran beliau sebagai Lembaga Pengarah PKNS.

Ini ekoran kenyataan ding dong Menteri Besar Selangor itu mendakwa pengurusan PKNS yang mengugurkan Azmin bukan pihaknya atau Exco Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, Azmin bukanlah seorang yang bodoh untuk menilai jawapan Khalid itu yang cuba menjadikan PKAS terutama Pengurus Besar Datuk Othman Omar sebagai ‘kambing hitam’ dalam gerakan kuncu-kuncu Khalid bagi mengenepikan peranan Adun Bukit Antarabangsa itu di Selangor.

Sebab itulah, ketika kangkung jadi viral yang juba menjatuhkan imej Perdana Menteri, tanpa disedari Azmin menyifatkan alasan Khalid mengaitkan kononnya pengurusan PKNS tidak menyambung kontraknya sebagai alasan ‘kangkung”.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons terhadap tweet oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Selangor, Arfa Eza Abdul Aziz yang menulis keputusan tidak menyambung kontrak Azmin dibuat pengurusan PKNS.

Kesudahannya, apabila PKNS mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan mengugurkan Khalid dibuat beliau dan anggta Exco dan perbadanan itu hanya memaklumkan perkara itu kepada Azmin, tepatlah apabila Timbalan Presiden PKR itu melabelkan apa dikatakan Khalid kenyataan kangkung.

Petang Khamis, Khalid sekali lagi keluarkan kenyataan ‘kangkung’ selepas Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk campur bagi menyelesaikan kemelut Khalid dan Azmin dalam isu berkenaan.

Selepas Anwar yang juga Ketua Umum PKR berpendapat keputusan mengugurkan Azmin itu ‘cacat’ dan PKNS tidak ada kuasa berbuat demikian kecuali Menteri Besar dan Exco, Khalid masih pusing-pusing tidak mahu mengakui beliau silap dalam kontroversi itu.

Menurut kenyataan Khalid petang Khamis, dengan mengambil kira kedudukan dan status Anwar, Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) merasakan perlu mempertimbangkan permintaan beliau sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Perlu ditegaskan Menteri Besar dan barisan EXCO terikat kepada Enakmen PKNS dan mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan sebarang kecacatan atau kesilapan yang berkaitan dengan perkara ini.

Justeru, Pengurus Besar dan Setiausaha Syarikat PKNS akan dipanggil untuk menerangkan mengapa keadaan sedemikian berlaku hingga melarat menjadi konflik.

Sebelum keputusan muktamad dibuat oleh EXCO, kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh Pengurus Besar PKNS untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan.

Oleh kerana perkara ini bukan isu terdesak yang melibatkan kepentingan orang ramai,  Kerajaan Negeri meminta rakyat supaya bersabar dan tidak mempercayai sebarang spekulasi sehingga keputusan EXCO dibuat.” ujar kenyataan itu lagi.

Pelik juga apabila meneliti kenyataan Khalid itu yang memaklumkan Pengurus Besar (Othman) dan Setiausaha Syarikat PKNS akan dipanggil menerangkan mengapa perkara itu berlaku hingga melarat menjadi konflik.

Sedangkan juga PKNS sudah menjelaskan, pengurusan hanya memaklumkan keputusan dibuat Khalid dan Exco yang tidak menyambung kontrak Azmin.

Kesimpulannya, betul juga Azmin menyifatkan apa dikatakan Khalid dalam isu ini sebagai kenyataan kangsung atau mungkin membawa maksud Khalid sebenarnya kangkung.

Itupun kira Azmin masih berhemah dengan Khalid. Kalau orang lain, mungkin panggil ‘Khalid kong kali kong’.

Apapun, mohon maaf pada  Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid kerana menyiarkan pantun kangkung yang sudah diketahui umum bahawa itu bukan karya beliau tetapi rasanya elok untuk Khalid memahami maksudnya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...