BERITATiga maut, satu cedera kemalangan di Pekan Nanas

Tiga maut, satu cedera kemalangan di Pekan Nanas

pekan-nanas-kemalangan-maut (6)

Tiga maut dan seorang cedera ringan dalam kemalangan di Kilometer 41, Jalan Pontian-Johor Bahru, Pekan Nenas di sini, jam 6.40 pagi tadi.

Kemalangan berlaku di depan Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas membabitkan dua motosikal dan sebuah kenderaan pelbagai guna Nissan Grand Livina.

Mangsa yang maut ialah Md Hisham Md Khalil, 41, dan dua beradik, Ang Kim Sing, 58, dan Ang Kim Sai, 50.

Mangsa yang cedera ialah seorang wanita yang juga pemandu Grand Livina.

Md Hashim menunggang berseorangan manakala Kim Sing dan Kim Sai membonceng sebuah lagi motosikal.

pekan-nanas-kemalangan-maut (1) pekan-nanas-kemalangan-maut (2) pekan-nanas-kemalangan-maut (3) pekan-nanas-kemalangan-maut (4) pekan-nanas-kemalangan-maut (5)

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami