Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALBEERSIH 2.0 – Ambiga...

BEERSIH 2.0 – Ambiga Alat Anwar Ibrahim - pakdin.my

Seronok tengok ‘lakonan’ aktor Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  Datuk Ambiga Sreenevasan, dalam filem Bersih 2.0.

Silap haribulan lebih hebat dari filem  KL Gangster yang kini hangat ditayang di pawagam. Kedua-duanya nampak memang ‘ngam’ sekali.

Kalau ikut skrip asal, Bersih ini filem aksi. Bagaimanapun petang Ahad ia bertukar jadi filem komedi apabila Anwar buka pekong beliau boleh meminta Ambiga membatalkan perhimpunan 9 Julai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

Ewah…ewah ada main remote control ye.

Bukankah Ambiga dok cerita satu dunia kononnya Bersih gerakan rakyat. Rupanya ada belakang kira.

Senator Ezam Mohd Nor ketika dihubungi Agendadaily untuk ulas kenyataan Anwar itu kata bahawa memang ‘terang lagi bersuluh’ Ambiga ini adalah alat Anwar yang boleh dikawal macam ‘remote control’.

‘Saya tidak terkejut cuma saya hendak tanya apakah ketika Ambiga membela seorang perempuan Islam murtad  Lina Joy juga atas arahan Anwar? ” soal beliau.

Ezam juga membangkitkan persoalan di mana Ambiga dan Bersih ini, di mana ketika pemilihan PKR tahun lalu yang diwarnai oleh ratusan laporan penyelewengan berlaku.

“Suruh Bersih ini siasat dulu pemilihan PKR, ada kes bertumbuk, balik kerusi dan macam-macam lagi.

“Saya cadangkan Ambiga boleh bertemu dengan Datuk Zaid Ibrahim untuk dapat maklumat lanjut..” katanya sinis.

Menurut Ezam lagi, Ambiga hanya boneka Anwar untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap SPR dan kerajaan.

“Siapa bagi Ambiga mandat untuk menjadi juara demokrasi? Kerajaan Malaysia yang ada hari ini dipilih oleh rakyat.

“Tanpa sistem demokrasi bagaimana pembangkang boleh menang lima negeri, kerajaan BN tidak dapat 2/3 di Parlimen, dalam siri pilihan raya kecil, ada yang pembangkang menang, ada yang BN menang.

“Mengapa apabila pembangkang menang tidak sebut soal penyelewengan SPR, dan selepas lebih tiga tahun pilihan raya umum ke 12, baru hendak buat macam-macam tuntutan?” katanya.

Jelas Ezam, Bersih hanyalah helah Anwar yang berdepan dengan berbagai-bagai skandal peribadi.

“Bagaimanapun Anwar berjaya kerana ramai orang bodoh yang menyokongnya,” tegas beliau.

Sementara itu, Ambiga ketika ditanya wartawan mengenai Ahad malam, ‘buat-buat marah’ pada Anwar kerana mengambil peranannya.

Beliau dalam nada berseloroh, berkata, ia bukan terpulang kepada Anwar untuk membuat keputusan tersebut.

“Kami telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu dan kamilah yang akan memutuskan sama ada hendak mengadakannya ataupun tidak,” katanya sebelum pelancaran rasmi perhimpunan Bersih 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina di ibu negara.

Sebelum itu Anwar  ketika berucap di konvensyen pilihan raya PKR di Shah Alam berkata beliau sanggup meminta Ambiga membatalkan hasrat itu ‘esok juga’.

“Jika Perdana Menteri dapat jamin pilihan raya serta senarai daftar pemilih yang bersih dan adil, maka kita tidak perlu ada perarakan besar-besaran,” katanya.

Bersih merancang perhimpunan haram itu kononnya bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil, termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil .- 20/6/2011- OLEH HELME HANAFI

 

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838