Agihan barang keperluan dikawal jika harga terus dimanipulasi - pakdin.my

rahman dahlan Medan Niaga Satok
ABDUL Rahman menghubungi pembekal selepas mendapati harga barang runcit yang dijual di Medan Niaga Satok

KUCHING: Kerajaan mungkin mengawal pengagihan barang keperluan untuk mengelak pengguna daripada terus berdepan masalah kenaikan harga, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai keupayaan untuk menetapkan pasaran bagi barangan berkenaan tetapi lebih suka ia ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan tanpa dimanipulasi secara tidak adil.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat tinjauan harga barang keperluan di Medan Niaga Satok, pasar terbesar bagi barangan keperluan di sini, beliau berkata kerajaan sedar cubaan pemborong dan pengedar memanipulasi pasaran berdasarkan perbelanjaan rakyat.

 “(Apabila ditanya) mereka akan memberi 1,001 alasan untuk mewajarkan kenaikan harga (barang keperluan). Kita tahu mereka menipu. Satu-satunya cara untuk melakukannya ialah untuk kita mengalahkan mereka dalam permainan mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata, ini boleh dilakukan dengan memperkenalkan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan koperasi ke dalam pasaran untuk menjual barangan pada harga lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh pemborong atau pengedar.

“Biar harga naik secara munasabah, jika tidak (kerajaan) akan buat secara besar-besaran, kita akan beri kuasa kepada semua koperasi di negara ini dan membuka lebih banyak KR1M. Dengan cara ini, akan wujud persaingan dan mereka akan terjejas,” katanya.

Bagi kes di Kuching, Abdul Rahman berkata beberapa barang keperluan yang mendapat permintaan tinggi dijadikan sasaran oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana harga barangan itu didapati meningkat antara 10 dan 15 peratus sejak kebelakangan ini.
“Bagaimanapun, saya dimaklumkan harga beberapa jenis ikan dan udang yang dijual di sini menurun dengan ketara sejak tiga bulan lalu,” katanya.

UTAMAAgihan barang keperluan dikawal jika harga terus dimanipulasi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium