Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALBORNEOBintulu dilanda banjir kedua

Bintulu dilanda banjir kedua - pakdin.my

Hujan lebat menyebabkan air sungai naik, sekolah ditutup dan penduduk dipindah

banjir-bintulu

BINTULU: Gelombang kedua banjir melanda Bintulu semalam apabila kawasan rendah dinaiki air dengan beberapa buah sekolah paling teruk terjejas.

Hujan berterusan sejak malam kelmarin memaksa penutupan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sebiew Chinese di Batu 5, Jalan Tun Hussein Onn dan tiga buah sekolah lain di luar bandar.

Tinjauan semalam mendapati beberapa pasukan penyelamat melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu, Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertungkus-lumus membantu memindahkan kira-kira 500 murid-murid dan 35 kakitangan SJK Sebiew Chinese ke kawasan lebih selamat.

Penolong Pesuruhjaya RELA merangkap Pegawai RELA Daerah Bintulu Abdul Rashid Ibrahim berkata, paras air mula naik di SJK Sibew Chinese pagi semalam berikutan hujan tanpa henti sejak malam kelmarin.

“Kami tidak menolak paras air naik tiga hingga empat kaki,” ujarnya semasa ditemui di lokasi kejadian semalam.

Selain itu, katanya, beberapa kawasan di hulu turut terjejas akibat banjir, antaranya dua buah rumah panjang di Sebauh dan Ulu Segan.

Menurut beliau, anggotanya diletakkan dalam keadaan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan merangkumi lima pasukan masing-masing di kawasan Kemunting, Batu 5, Jalan Tun Hussein Onn terutama kawasan berisiko di SJK Sibiew Chinese, Ulu Segan, Sebauh dan bandar Bintulu.

“Kami memberi bantuan dari segi tenaga namun ahli-ahli pasukan telah diarahkan bersedia di lokasi masing-masing bagi tujuan menyelamat di kawasan yang terjejas banjir,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Abdul Muin Abdul Kassim berkata, sebanyak empat buah sekolah ditutup sementara semalam iaitu SJK Sibiew Chinese, SK Ulu Segan, SK Ulu Silas Sebauh dan SK Sungai Tisang di Batu 8.

“Sesi persekolahan empat buah sekolah itu dijangka akan dibuka semula esok (hari ini),” ujarnya semasa dihubungi semalam.

Abdul Muin berkata, SK Sungai Silas paling terjejas teruk dilanda banjir dengan paras air yang direkodkan ialah lapan kaki dan guru-guru di sekolah tersebut telah dipindahkan ke rumah panjang berdekatan untuk keselamatan.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu Di-Hata Gobel pula berkata, 58 anggota dari beberapa agensi penyelamat terlibat dalam operasi menyelamat semalam.

Menurut beliau, beberapa buah rumah panjang di Jalan Bintulu-Miri turut terjejas dan penduduknya dinasihati berpindah demi keselamatan mereka.

“Kebanyakan mangsa kini tinggal dengan saudara-mara mereka di rumah panjang berdekatan yang tidak dilanda banjir,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini memantau rapi situasi beberapa kawasan penempatan penduduk di Bintulu, antaranya di Taman Beverly Hill, Taman Jasmine dan Jade Garden.

Beberapa kawasan yang turut dilanda banjir di Bintulu ialah Kilometer 5 Jalan Taman Hussein Onn, Jalan Kidurong Sungai Tengah dan Batu 8 1/2  Kampung Tuai Perumah Banyan.

Penduduk dan pihak berkuasa lebih bersedia untuk menghadapi banjir kali ini sejak kejadian banjir terburuk pada 29 Disember tahun lepas.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu mengerahkan sembilan anggota bersama sebuah bot dan empat kenderaan bomba yang diketuai oleh Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu, Gregory Kurung Suwen dalam operasi menyelamat semalam yang turut dibantu oleh anggota JPAM, Pasukan Bomba Sukarela Kemunting, PDRM dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Ahli Lembaga Pengarah SJK Sibiew Chinese, Pemanca Dr Francis Toh Chiew Peng juga turun padang meninjau situasi banjir di sekolah terbabit, semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pejabat Daerah Bintulu berkata, hujan lebat sejak jam 8 malam kelmarin menyebabkan paras air sungai berdekatan naik mendadak sekali gus melimpah dan menjejaskan beberapa kawasan perumahan, rumah panjang dan sekolah.

Antara kawasan yang terjejas ialah Rumah Banyang dan Rumah Francis Ikau di Batu 8 Jalan Bintulu-Miri, Rumah Eloh, Rumah Telajat, Rumah Dato dan Kampung Banyai di Ulu Sebauh, Rumah Anthony, Ulu Segan, Kampung Kemunting serta penempatan setinggan berdekatan bulatan Kidurong dan Sungai Sebatang, Jalan Tanjung Kidurong, taman perumahan di sepanjang Jalan Tun  Hussein Onn dan Batu 5 di Taman  Beverly Hill, Jade Garden, Taman Jason, Taman Bandar Jaya dengan paras air yang direkodkan antara tiga dan empat kaki.

Sehingga  jam 12.20 tengah hari semalam, sebanyak lapan keluarga membabitkan 34 penduduk dari rumah sewa di Batu 5, Jalan Tun Hussein Onn ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Suarah Bintulu.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883