Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKBADI melanda pemimpin tinggi...

BADI melanda pemimpin tinggi PKR - pakdin.my

SAAT MANIS…Nurul Izzah bersama Raja Ahmad Shahrir
SAAT MANIS…Nurul Izzah bersama Raja Ahmad Shahrir

Apakah tahun 2014 akan jadi tahun penuh BADI kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR)?.

Bermula drama ‘perang’ Timbalan Presiden PKR Azmin Ali-Tan Sri Khalid Ibrahim, media sosial di laman siber pada Khamis dipanaskan pula dengan berita membabitkan dua Naib Presiden  parti iaitu Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah dikatakan dilaporkan sudah memfailkan permohonan untuk cerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dikatakan sudah  membuat permohonan untuk bercerai secara fasakh (membatalkan perkahwinan) di mahkamah Syariah pada hujung Disember lalu.

Laporan itu juga menyebut Raja Ahmad Shahrir Iskandar sudah menerima petisyen berhubung permohonan Nurul Izzah pada 16 Januari lalu, namun meminta kes ditangguhkan selama dua minggu kerana beliau belum bersedia.

Bagaimanapun Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir bidak dapat dihubungi untuk mengulas mahupun mengesahkan berita mengenai perceraian mereka itu.

Semakan di laman Twitter beliau mendapati Nurul Izzah sedang menghadiri majlis Persidangan Tinjauan Strategik Malaysia 2014 anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) di ibu negara manakala Raja Ahmad Shahrir tidak dapat dihubungi.

SAAT MALANG…Tian Chua ketika ditahan pihak polis satu ketika dahulu

Sementara itu seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, pada pagi Khamis dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.

SAAT GEMBIRA..Anwar, Khalid, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Fuziah Salleh ketika melancarkan bas untuk kempen PKR

Lima hari lalu, ketika kemelut Azmin dan Khalid terus meruncing, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menangani krisis sendiri setelah tidak dibenarkan masuk ke Jepun dan diusir pulang pada 19 Januari lalu.

Beliau kemudiannya dikecam kerana cuba menyalahkan kerajaan, khususnya Wisma Putra sebagai ‘tangan ghaib’ yang meminta kerajaan Jepun menafikan kebenaran untuk beliau memasuki negara berkenaan – dakwaan yang kemudiannya dinafikan Kedutaan Jepun di ibu negara.

nwar kemudiannya menafikan membuat dakwaan berkenaan – kali kedua Anwar mengheret kerajaan negara asing dalam hal ehwal politik dalam negara selepas dakwaan kerajaan membawa masuk puluhan ribu pendatang Bangladesh untuk didaftarkan sebagai pengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu.

Ketua Pembangkang itu jadi modal satira dan parodi Ultraman ekoran insiden tersebut.

anwar-doraemon

Nampaknya, pimpinan tertinggi PKR sudah kena badi dan ianya turut menjangkiti Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin yang dikecam kerana menghina negara Jepun dengan memijak bendera negara itu ketika berdemo di hadapan kedutaan bagi membela bosnya Anwar.

bakar-bendera-jepun-amk

Belia yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka juga terdiam malu apabila gambarnya cuba berkempen agar orang ramai memboikot barangan Jepun tetapi berlatar belakang sebuah kereta mewah buatan Jepun.

Manakala Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon pula turut menerima kecaman hebat hinggakan rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, DAP turut mendesak Ahli Parlimen Machang Bubuk, Pulau Pinang itu memohon maaf kerana menghina pemimpin negara apabila bertindak keterlaluan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika perdana menteri bagi membantah isu kenaikan harga barang.

Menjawab isu badi melanda pemimpin-pemimpin PKR ini, nampaknya ada yang kena cari bomoh mandi bunga

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490