Penyelesaian 10 Perkara dengan Kristian tertakluk pada enekmen negeri - pakdin.my

najib-MT-2014320174536

-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Penyelesaian 10 perkara antara Putrajaya dengan penganut Kristian tertakluk kepada undang-undang Persekutuan dan enekmen negeri.

Ini termasuk penggunaan kalimah Allah di negeri-negeri berkenaan.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, UMNO akan terus mempertahankan kesucian dan kemuliaan Islam termasuk kalimah Allah.

“Majlis Tertinggi menyokong pendirian mempertahankan kesucian dan kemuliaan Islam termasuk kalimah Allah. Majlis Tertinggi ambil maklum Penyelesaian 10 Perkara yang telah pun dipersetujui oleh kerajaan.

“Perjanjian 10 Perkara ini tertakluk kepada undang-undang Persekutuan dan negeri. Maknanya jika negeri berkenaan ada enekmen maka perjanjian ini tertakluk kepada enekmen negeri tersebut.

Najib berkata, negeri yang tidak mempunyai enekmen, seperti Sabah dan Sarawak boleh melaksanakan Penyelesaian 10 Perkara tersebut dan tidak seharusnya ada mana-mana pihak menakutkan pihak lain dalam perlaksanaan perjanjian itu.

Beliau ditemui dalam sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAPenyelesaian 10 Perkara dengan Kristian tertakluk pada enekmen negeri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium