Bincang Isu Kalimah Allah Dalam Forum – Noh Omar (video)

sidang-media-batal-debat-noh-omar

SHAH ALAM: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar meminta Kumpulan Media Karangkraf menganjurkan satu forum atau wacana berhubung isu kalimah ‘Allah’ daripada sudut perundangan pada masa akan datang.

Noh berkata program itu bagi menggantikan debat antara beliau dan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah yang dijadualkan pada Isnin, namun dibatal Kumpulan Media Karangkraf selaku penganjur atas alasan keselamatan dan desakan pihak luar.

Beliau berkata forum itu perlu diteruskan kerana pembangkang mengambil kesempatan dengan menggambarkan pembatalan debat berkenaan adalah atas arahan Umno.

“Jika saya berdebat dengan Khalid Samad dilihat sebagai konflik sesama Melayu, mengapa tidak dibuat forum dengan bukan Melayu,” katanya kepada pemberita Isnin.

Noh berkata pihak yang menimbulkan suasana tidak harmoni ialah Pengarang majalah mingguan Katolik The Herald Paderi Lawrence Andrew, yang tidak menghormati enakmen kerajaan negeri, Jawatankuasa Fatwa Negeri serta titah Sultan Selangor agar bukan Islam tidak menggunakan kalimah Allah, terutama dalam Bible.

Beliau berkata pembangkang cenderung mempertahan individu yang melanggar undang-undang dengan mengangkat mereka sebagai ‘hero’.

“Perkembangan ini membimbangkan kerana mampu mewujudkan suasana tidak harmoni di dalam negara jika rakyat tidak lagi menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sehubungan itu, Noh berkata perkembangan tidak sihat ini perlu diperbetul dengan cara bersemuka menerusi forum atau wacana, dan tidak cukup menerusi kenyataan akhbar.

 

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...