UtamaPOLITIKBoikot #PRKKajang : Penyokong...

Boikot #PRKKajang : Penyokong Anwar Serang Pemuda Pas - pakdin.my

pas-boikot-prk-kajang

Para penyokong Anwar, menjadikan laman-laman sosial sebagai medan untuk menyerang Ketua Pemuda Pas ekoran ancaman kenyataan Pemuda Pas Selangor yang akan memboikot Pilihan raya Kecil Kajang sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan bertulis yang munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

“Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR,” katanya.

Bertindak atas kenyataan tersebut, para penyokong Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mula menyerang Syarhan dan jenteranya. Paling menarik serangan tersebut turut ditujukan kepada Suhaizat Kaiat dan jentera Pemuda Pas Pusat secara keseluruhan dengan pelbagai kata-kata keci dan hinaan.

Ada yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak matang, tidak bijak dan terencat akal, malah ada yang menyifatkan Pemuda Pas sebagai pencacai dunia dan akhirat, ‘kangkung’, mentaliti ‘orang ulu’ dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, ada mengatakan kenyataan itu sebagai satu tindakan yang tidak bermaruah kerana menyokong isu yang menguntungkan Umno.

Tidak tahan dengan cacian dan kejian itu, beberapa orang penyokong Pas mula tampil bagi mempertahankan tindakan tersebut. Mereka menyifatkan ia sebagai bukti bahawa Pemuda Pas bukan menyokong secara membabi-buta atau sebagai lembu yang dicucuk hidung.

Kesimpulannya, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor adalah merupakan satu tindakan tidak boleh diterima sama sekali.

Alasan untuk meredakan pergolakan dan pergeseran antara kumpulan Azmin dan Khalid Ibrahim tidak boleh dijadikan alasan sama sekali. Ini kerana selain membuang masa ia juga merupakan satu pembaziran wang rakyat demi nafsu politik dan kepentingan peribadi.

Malah ia juga secara tidak langsung membuktikan bahawa gabungan antara PKR dan Pas sangat rapuh. Walaupun secara luaran mereka nampak seperti menyokong antara satu sama lain, namun pada hakikatnya boleh di ibaratkan sebagai ‘gunung berapi’ yang hanya menanti masa untuk meletup.

Walau apa pun, tahniah diucapkan kepada Anwar kerana tindakan PKR yang sengaja mengosongkan kerusi Dun Kajang telah membuktikan apa yang dikatakan oleh Umno selama ini adalah benar. Iaitu Anwar bukanlah ‘pemimpin anugerah tuhan’ seperti yang dikatakan tetapi adalah merupakan individu yang tamak dan kemaruk untuk berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi impian tersebut.

Berkaitan

Baca Juga

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...