BERITAGRO Gigit Lengan Polis, Elak Ditahan Dekat Sunway Mentari

GRO Gigit Lengan Polis, Elak Ditahan Dekat Sunway Mentari

GRO-sunway-mentari

Gigit lengan anggota polis untuk melepaskan diri.

Tindakan terdesak itu dilakukan GRO warga asing, ketika sebuah pusat hiburan di Sunway Mentari, Petaling Jaya diserbu malam semalam.

Serbuan pukul 11.30 malam itu, dilakukan sepasukan polis bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dengan dibantu Pasukan Polis Cantas Wanita.

Ketika serbuan, rata-rata GRO warga asing terbabit leka melayan pelanggan.

Dalam usaha melarikan diri, ada GRO bertindak menggigit lengan anggota polis.

Bagaimanapun hasilnya, 13 GRO warga Vietnam, Thailand, Indonesia, Kemboja dan China berjaya ditahan.

11 daripada mereka didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Manakala, 2 lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Pemeriksaan lanjut mendapati premis ini juga tidak mempunyai lesen hiburan.

30 pelanggan turut diperiksa.

Mereka yang ditahan termasuk seorang penjaga premis warga tempatan, dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya untuk tindakan lanjut.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

UMNO, tak payah beriya sangat nak ‘Bersama’ PH – Kau hanya jadi mainan saja!

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami