#PRKKajang: Masih ada pemimpin PAS tidak puashati - pakdin.my

nasrudin-1

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan terus mempertikaikan langkah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil  N.25 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Status di laman Facebooknya bertajuk ‘Cerita Satay Kajang’ dilihat seolah-olah beliau menyindir Anwar biarpun Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiuasaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali meminta supaya semua ahli parti itu memberi sokongan kepada Anwar.

nasrudin-2Tulisan Nasrudin di laman Facebooknya itu mendapat reaksi yang berbagai-bagai dari orang ramai yang memberi komen untuk statusnya itu.

Terdahulu, Nasrudin pada Ahad, di akaun Twitternya menulis mengenai sikap ahli politik yang didakwanya menyebabkan pentas politik di lihat buruk.

nasrudin-3

Tulisannya, ‘Ahli politik yang suka kencing merata inilah membuatkan pentas politik menjadi hancing’, ketika isu Anwar mahu bertanding dalam pilihan raya kecil N.25 Kajang masih panas, dilihat seolah-olah masih tidak berpuashati dengan tindakan PKR.

nasrudin-4

Sebelum ini, sebaik sahaja Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil N.25 Kajang, Nasrudin mmebuat kenyataan mengecam tindakan PKR itu.

 

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKKajang: Masih ada pemimpin PAS tidak puashati

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium