BERITABekas Pembantu Serah Dokumen Penyelewengan Teresa Kok Kepada SPRM

Bekas Pembantu Serah Dokumen Penyelewengan Teresa Kok Kepada SPRM

bekas-pembantu-teresa-kok

Bekas pembantu peribadi ahli Parlimen Seputeh, Tony Tan mengemukakan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan wakil rakyat itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, siang tadi.

Tindakan itu dilakukan bertujuan membersihkan namanya.

Tony turut mengemukakan dokumen yang didakwa bukti mengenai penjualan patung kung fu Teresa Kok bagi tujuan kempen pada PRU13 untuk dana DAP.

Tony menjelaskan Teresa telah menuduhnya menyalahgunakan wang parti hingga menyebabkan dia dipecat tetapi hakikatnya menurut Tony, dia sebenarnya meletak jawatan.

Manakala seorang anggota DAP, Danny Leong Eng Tiom yang menerima surat saman RM10 juta daripada Teresa turut mengemukakan bukti untuk membersihkan namanya.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami