Pembangkang silap isu tidak naik kadar tol - pakdin.my

tol kesas

Pembangkang  yang sebelum ini sentiasa fikir mereka bijak dalam menyekat kenaikan kadar tol atas macam-macam alasan ternyata kerana tindakan itu sebenarnya bakal membebankan negara dengan unjuran kredit yang berada di tahap kritikal. 

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli diantara yang lantang membantah keputusan kerajaan menaikkan tol dengan alasan syarikat konsesi lebuhraya telah banyak mengaut keuntungan hasil kutipan bayaran tol daripada pengguna.

Sebaliknya, fakta yang dikemukakan dan dicanang pembangkang jelas salah kerana keputusan kerajaan untuk tidak menaikan kadar tol tahun ini telah diselar oleh agensi kewangan dunia, Credit Suisse.

Menurut agensi itu, langkah yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya akam memburukkan lagi ekonomi negara pada masa hadapan kerana kedudukan penarafan kredit Malaysia masih berada pada kedudukan yang membimbangkan.

“Keputusan berpatah balik menaikkan tol tidak sepatutnya berlaku.

“Keputusan berpatah balik yang besar akan memberi kesan kepada penurunan penarafan kredit,” kata Credit Suisse dalam laporan Malaysia Market Strategy hari ini.

Menurut Credit Suisse, langkah tidak menaikkan kadar tol yang dikatakan menelan subsidi sebanyak RM400  juta sedang diperhatikan agensi penarafan dunia, memberi amaran Malaysia bakal berdepan dengan situasi buruk jika unjuran kredit tidak diperbaiki.

“Malaysia tidak boleh lagi terjatuh dalam unjuran kredit, sebaliknya perlu mensasarkan kepada penambahbaikan,” katanya.

Seharusnya Rafizi selaku pakar ekonomi dan juga mempunyai pendidikan tinggi di dalam bidang forensik akaun dapat membaca keadaan ini dan memberikan fakta kepada kesan jangka panjang berkaitan ekonomi negara kepada rakyat.

Namun, atas tindak-tanduk mereka yang kerap ingin menjadi ‘hero rakyat’ hanya menunjukkan kebodohan pemimpin Pakatan Rakyat yang berhasrat untuk melingkupkan lagi negara. 

Sebelum ini Rafizi bertegas bahawa kerajaan mendera rakyat dengan kenaikan kadar tol dan juga kenaikan perkhidmatan lain termasuk kenaikan tarif elektrik dan harga barang. 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membantah kenaikan kadar tol ini dengan menyatakan bahawa berdasarkan pengalamannya sebagai menteri kewangan sebelum ini, beliau percaya bahawa kerajaan perlu berhati-hati dengan keuntungan yang berlipat ganda yang diraih oleh syarikat konsesi lebuhraya. 

Namun ternyata telahan itu salah kerana yang menjadi pertaruhan adalah kesan kepada ekonomi negara.

UTAMAEKONOMIPembangkang silap isu tidak naik kadar tol

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium