BEERSIH 2.0 – ISA boleh digunakan terhadap penganjur perhimpunan haram: Hishammuddin - pakdin.my

HULU SELANGOR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.”Tindakan ISA boleh digunakan kepada perkara yang betul-betul menjejaskan keselamatan negara seperti (kumpulan militan) Jemaah Islamiah…sindiket perdagangan manusia, namun apabila digunakan dalam konteks yang berkaitan politik, pasti diekploitasi pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, polis sedang memantau situasi dan perkembangan berkaitan perhimpunan haram tersebut termasuk reaksi daripada pelbagai pihak sama ada menyokong atau membantah perhimpunan haram itu.

Beliau turut menafikan polis berat sebelah dalam menangani isu ini.

“Saya nafi tumpu pada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), kita tumpu kepada semua pihak sama ada PERKASA, Pemuda (UMNO) atau lain-lain kumpulan.
“Apa yang penting, mereka (polis) tidak pilih bulu dan ikut undang-undang dan matlamat untuk menjaga keselamatan negara,” katanya.

Mengenai kemampuan polis dalam menangani perhimpunan haram pada hari itu nanti, beliau berkata polis dan pasukan keselamatan bersedia menghadapi kemungkinan pada hari tersebut.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 – ISA boleh digunakan terhadap penganjur perhimpunan haram: Hishammuddin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium