BERITAKereta Proton Exora terbakar, 2 kanak-kanak nyaris rentung.

Kereta Proton Exora terbakar, 2 kanak-kanak nyaris rentung.

exora-terbakar-hospital-selayang
Dua kanak-kanak nyaris rentung apabila kereta yang mereka naiki dengan tiba-tiba terbakar di perkarangan tempat letak kenderaan di Hospital Selayang semalam.

Sumber memberitahu ketika kejadian, dua kanak-kanak tersebut ditinggalkan sebentar dalam kenderaan tersebut oleh ibu bapa mereka yang datang ke hospital tersebut untuk melawat anggota keluarga mereka.

Tindakan pantas orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Zaki Zakaria berkata bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.53 petang dan jentera bomba pertama tiba 10 minit kemudian.

“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerah ke tempat kejadian dan kita mendapati sebuah kereta Proton Exora telah mengalami kebakaran yangtelah memusnahkan keseluruhan kereta tersebut,”

Malah, sebuah motorsikal Modenas Kriss yang diletakkan berhampiran kereta tersebut turut disambar api yang memusnahkan 30 peratus dari kerangka motor tersebut.

Punca kejadian masih disiasat.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Mengenai kami