Chew Mei Fun Sah Calon BN Tanding PRK Kajang - pakdin.my

Chew Mei Fun
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dinamakan sebagai calon Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Daton Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.

Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.

Hari mengundi PRK Kajang pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon 11 Mac.

UTAMAPILIHAN RAYAChew Mei Fun Sah Calon BN Tanding PRK Kajang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium