UtamaPOLITIKPILIHAN RAYAANWAR MEROYAN BUKAN UMNO...

ANWAR MEROYAN BUKAN UMNO TANDING DI KAJANG - pakdin.my

anwar-prk-kajang

Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin angkuh atau takut apabila Barisan Nasional meletakkan calon MCA dan bukannya UMNO bertanding di PRK DUN Kajang?

Mungkin betul kenyataan Ketua Pembangkang itu gerakan ‘Langkah Kajang’ atau dipanggil Rafizi Ramli ‘Serampang Kajang’ mengejutkan banyak pihak termasuk BN dan komponennya..

Anwar dalam ceramahnya di Saujana Impian, Ahad malam mendakwa elemen kejutan Langkah Kajang menyebabkan UMNO panik.

Kononnya, Tun Daim Zainuddin yang sedang tidur pun bangkit mahu melawannya.

(Tun Dr) Mahathir (Mohamad) pun kata tidak boleh Anwar (bertanding di Kajang). Mahathir sudah 87 tahun, dengar nama Anwar dia takut.

“Dia takut sebab apa, anak dia Melayu paling kaya di Malaysia. Hidup Melayu, siapa? Anak dialah,” katanya.

Sebenarnya, UMNO tidak takut malah pada PRU 13 kerusi yang ditandingi parti itu bertambah daripada 80 kepada 88 kerusi.

Sebaliknya kerusi PKR dan PAS merosot kecuali DAP yang semakin kuat dalam pakaan pembangkang.

Bagaimanapun, apabila difikir semula tujuan ‘Langkah Kajang’ hanyalah  untuk memastikan langkah Anwar terus ke depan selepas reputasinya meruduk kerana kegagalan menawan Putrajaya pada PRU 13 dan terseret macam-macam penipuan.

Beliau menyangka UMNO akan menetangnya kerana berpendapat mustahil BN akan meletakkan calon bukan Melayu menentang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Mungkin yang panik atau takut, sebenarnya Anwar sendiri.

Beliau mungkin boleh menyerang UMNO dan pemimpin-pemimpinnya jika parti itu yang bertanding tetapi BN tidak semudah itu masuk perangkapnya.

BN bukan sahaja mengekalkan kerusi itu untuk ditandingi MCA tetapi berani menurunkan Naib Presiden parti itu Datin Paduka Chew Mei Fun.

Inilah yang mengejutkan Anwar kerana Mei Fun bukan kecil anak dalam politik malah dikenali sebagai pemimpin yang berpegang kepada prinsip.

Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama selama dua penggal, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Beliau sanggup melepaskan jawatan dalam MCA kerana tidak sehaluan dengan bekas Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terpalit isu moral melalui rakaman video di sebuah bilik hotel dengan seorang wanita.

Ianya jalan cerita yang hampir sama dengan seorang lelaki ‘mirip Anwar Ibrahim’ dalam video China Doll yang tersebar tidak lama dahulu dan sudah dinafikan Ketua Pembangkang tersebut bahawa lelaki dalam video bersama pelacur China itu dirinya.

Kelebihan prinsip Mei Fun inilah yang mula membinbangkan pembangkang.

Malah, Ketua Wanita PKR Zuaida Kamaruddin menuduh Mei Fun adalah kambing hitam BN mahupun UMNO yang diletakkan untuk menentang Anwar di Kajang. .

Sebab itu, dalam ceramah malam tadi, Anwar menegaskan keutamaan beliau untuk melawan UMNO dan mengatakan MCA hanya sekadar menumpang kedudukan UMNO.

“Siapa BN nak letak itu kerja dia. Cuma kita nak bagi tahu kita bukan lawan MCA, yang kuasa ini pemimpin UMNO. MCA tumpang sahaja, dia tidak berani cakap.

“Siapa kisah MCA? Calon dia MCA, tapi sokongan semua BN, Umno dalam kerajaan,” katanya.

Barangkali Anwar sudah dikejar bayang-bayang hitam sendiri.

Anwar mungkin sedar, tidak mustahil MCA yang kini diterajui Datuk Seri Liow Tong Lai akan bangkit di Kajang.

MCA selama ini sudah jadi harimau luka kerana cedera pada PRU 13 dan PRK DUN Kajang tentu gelanggang terbaik kepada MCA untuk membuktikan parti itu sudah sedia kembali berdepan cabaran politik semasa.

Justeru itu, kempen Anwar masih sarat dengan kecamannya terhadap pemimpin-pemimpin UMNO.

Sukar untuk beliau menghentam kepimpinan MCA yang baru dan Anwar juga kena ingat, jika beliau keterlaluan memperlekeh MCA, tidak mustahil pengundi Cina yang sebelum ini boleh memberi kemenangannya kepadanya beralih kepada Mei Fun.

Ini boleh menyebabkan Anwar ‘meroyan’ di Kajang. Bayangkan, Mei Fun menang  sekaligus kalahkan pemimpin ‘bertaraf dunia’. Tentu Anwar tidak boleh terima beliau dikalahkan MCA bukannya UMNO

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...